Dr.Zulfadhly bersama isteri Dr.Nurul
memasuki Dewan Persandingan.
Bergambar kenangan bersama Pak Syed Salim dan Kak Pah
Rizlan Razali dan Pak Suberi Hussein.
Saya sempat menghadiri majlis perkahwinan Dr.Zulfadhly dan Dr. Nurul di Dewan Bunga Tanjung Kelab Shah Alam pada 9 Mac 2014. Anak kepada pasangan En Yunus Jamil mantan Pengarah Imigresen Selangor dan isteri Nur Afni di hadiri saudara mara dan rakan taulan memenuhi Dewan persandingan. Dr. Zul lulusan Universitas Sumatera Utara (USU) mengakhiri zaman bujangnya dengan memilih pasangan hidup dalam bidang yang sama. Selamat Pengantin baharu semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Bertemu kenalan
Setelah lebih tiga puluh tahun, malam tadi saya dapat bertemu kembali dengan mantan pegawai Consulate Medan semasa saya masih belajar dahulu. Antara mereka ialah Pak Suberi Hussein, Dato' Raja Haidar, Dato' Zainal Abidin (Mantan Konjen Medan), Dato' Ab.Rahim Ismail Ketua Pengarah Unit Penyeludupan Malaysia, Pak Syed Salim dan isterinya Kak Pah dan peguam Izlan Razali Che Wan (anak kepada mantan Konjen Medan) bersama ibunya Puan Che Rogayah. Terima kasih Pak Yunus kerana menjemput kami suami isteri ke majlis tuan. Pertemuan ini sangat bermakna kepada saya setelah terputus hubungan lebih tiga dasawarsa yang lalu.Semoga ikatan persahabatan terjalin kukuh sesama kita.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 9 Mac 2014.
No comments:
Post a Comment