Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat beserta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW yang membawa risalah kebenaran sepanjang zaman. Dengan izinNya jua hari ini Jumaat jam 8.30 malam, majlis akad nikah anakanda Hjh. Siti Aisyah Che Yahya bersama Mohd.Aslami Amir telah selamat dilangsungkan di kediaman kami Taman Seri Keramat Tengah dengan Imam Sayuti sebagai Jurunikah. Majlis tersebut di nikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan setelah mendapat kebenaran Jurunikah.Syukur teramat besar kehadrat Ilahi kerana acara berlangsung dengan baik dan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Dengan sekali lafaz sahaja mereka telah sah menjadi suami isteri.Allah SWT telah menjodohkan dua hambaNya untuk menjadi sepasang suami isteri semoga berbahagia dari dunia hingga ke akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
Che Yahya Che Soh
Taman Seri Keramat
Kuala Lumpur.
Jumaat, 21 Mac 2014.
No comments:
Post a Comment