Apabila bumi semakin panas
Gelisahnya manusia tidak terkata
Perintah Tuhan tidak pernah lunas
Musibah melanda alam semesta
Perlakuan alam selalu berubah
Berganti musim bertukar cuaca
Setiap Jumaat Khatib berkhutbah
Memberi peringatan bukan mencerca
Saintis bekerja menganalisa data
Merasa pelik cuaca tak menentu
Gelisahnya manusia tidak terkata
Memikirkan air terpaksa di catu
Manusia leka masih berpesta
Melayan nafsu mendamba hiburan
Musibah melanda alam semesta
Kemarau berpanjangan satu teguran
Seluruh cakrawala berada di galaksi
Menjalankan tugas tanpa henti
Alam Semesta menjadi saksi
Hukum Tuhan tak pernah mati
sumber gambar: tempo.co
Flora dan fauna tidak lagi berseri
Burung-burung pagi sepi menyanyi
sumber gambar: tempo.co
Flora dan fauna tidak lagi berseri
Burung-burung pagi sepi menyanyi
Perlakuan alam sungguh misteri
Tuhan mengetahui rahsia tersembunyi
Tangan manusia menggerogoti alam
Merata bukit menggondol hutan
Panas siang membahang ke malam
Sebagai balasan setiap perbuatan.
Setiap kejadian datang melanda
Pasti bersebab bukannya sengaja
Perlakuan alam menjadi petanda
Sesungguhnya bumi semakin senja
Apabila bumi semakin panas
Habitat kehidupan semakin gelisah
Perlakuan manusia semakin ganas
Makruf dan mungkar sukar berpisah.
Cuaca panas bercampur debu
Udara pengap menyekat pernafasan
Seluruh kota mendung berkelabu
Musnahnya alam semakin berterusan
Tangan manusia menggerogoti alam
Merata bukit menggondol hutan
Panas siang membahang ke malam
Sebagai balasan setiap perbuatan.
Setiap kejadian datang melanda
Pasti bersebab bukannya sengaja
Perlakuan alam menjadi petanda
Sesungguhnya bumi semakin senja
Apabila bumi semakin panas
Habitat kehidupan semakin gelisah
Perlakuan manusia semakin ganas
Makruf dan mungkar sukar berpisah.
Cuaca panas bercampur debu
Udara pengap menyekat pernafasan
Seluruh kota mendung berkelabu
Musnahnya alam semakin berterusan
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 2 Februari,2014.
No comments:
Post a Comment