Tuesday, March 25, 2014

Mandi Cara P.Ramlee

Sesungguhnya setiap manusia yang pernah di lahirkan ke muka bumi ini mempunyai kelebihan tersendiri.Perwatakan, cara hidup dan modal sosial budaya menjadi sebahagian daripada  cerminan tingkahlaku seseorang. P.Ramlee atau nama dalam Kad Pengenalannya Ramlee bin Puteh, seorang sutradara,pelakon dan penyanyi versetail yang sukar di cari ganti walau pun sudah berdekad meninggalkan kita.Filem-filem arahan dan lakonannya bersama Sudin, Ajis, Tompel, Ibrahim Din, Mat Sentul dan rakan-rakan lain sungguh berkesan kepada kita malah anak-anak kecil meminati P.Ramlee.Kisah-kisah kehidupan masyarakat yang di tuangkan melalui layar perak mengandungi makna yang sungguh mendalam seperti Ibu Mertua Ku, Antara Dua Derajat,Labu Labi dan banyak lagi peninggalan Seniman Agung yang boleh dijadikan teladan kepada kita.Orang tidak jemu menonton lakonan mereka yang selamba dan bersahaja.  Demikian secuplikan kisah seorang penghibur yang mempunyai nama besar sebagai figura masyarakat hingga kini.


P.Ramlee,Tompel dan Ibrahim Din selamba dan bersahaja.
sumber: intenet
Mandi Cara P.Ramlee

Pagi tadi sesudah Solat Subuh saya menjirus badan  beberapa kali dengan pencebuk kerana kekurangan air. Hari ini ada mesyuarat profesionalisma di Jabatan Pelajaran Kuala lumpur. Jadi saya terpaksa bergegas bagi mengelakkan kesesakan. Mengikut jadual catuan hari ini ada air, tapi masih belum tiba. Tangki masih kering. Setelah membasahi badan, saya keluar bilik air. "Isteri bertanya dah siap bang? "Spontan saya menjawab  mandi cara P.Ramlee maa" sambil tergelak besar.Saya bilang sekarang terasa masih terkucil tapi abang tahan tak cukup air. Isteri saya turut sama ketawa lebar mungkin terbayang kisah P.Ramlee,Ajis dan Sudin dalam filem Seniman Bujang lapok yang sungguh menggeletek hati.Dalam keadaan begini terpaksa menerima keadaan walau pun badan berasa tak keruan, rimas dan sedikit masam dengan peluh kerana kekurangan air.Manusia tidak boleh bertahan tanpa air yang cukup.

Tims dan Pisa

Ucapan Timbalan Pengarah Pudu Bangsar Haji Ismail Musa,walau pun agak kelakar dan lawak tetapi mempunyai mesej yang sangat dalam. Menurutnya beliau berlepas ke China pada 11 Mac, 2014 tiga hari setelah kehilangan pesawat MH370 atas urusan rasmi.Rasa takut dan fobia mencengkam diri namun jika takdir menentukan terserah kepada qadha dan qadar Allah,katanya membuka bicara. Sepanjang berada di Beijing, beliau melawat beberapa buah sekolah di Shanghai untuk melihat sistem pendidikan dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sana.
 
Hj Ismail Musa 
TP PPWBP
Mengikut Hj Ismail Musa lagi, Shanghai menjadi pilihan kerana mutu pendidikan mereka sangat baik dengan menjuarai dunia pendidikan dalam Tims dan Pisa. Tims ialah Trend International Mathematics and Science Study._PISA ialah Program International Student Assessment.Shanghai mendapat tempat pertama di dunia.Beliau menekankan pembudayaan dan penguatkuasaan  peraturan merupakan indikator utama dalam menentukan kejayaan bagi sesebuah sekolah. Mesyuarat berakhir jam 12.45 tengah hari. saya terus ke sekolah menyiapkan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran sehingga 5.00 petang.



Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 26 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...