Monday, March 10, 2014

Antara Lebah dan ABC


















JPAM berjumpa Pengetua. Ada sekumpulan Lebah
di sekitar sekolah.


































Pelancaran Online Program ABC Sesi Petang.

















Pengetua sedang memasukan KP Pelajar.


Antara Lebah dan ABC

Sekumpulan lebah "memberung" di sekitar bangunan Blok Bestari dan Blok Dinamik siang tadi. Sekolah meminta bantuan dengan menelefon JPAM untuk menghindarkan pelajar  dan warga sekolah dari sengatan lebah.Sebaik mereka tiba lebah-lebah tadi sudah hilang, namun petangnya mereka kembali berkumpul semula berdekatan Bengkel MPV. Pelajar sesi petang di larang mendekati kawasan tersebut. Sekiranya masih ada lagi,kami terpaksa memanggil semula JPAM untuk mengusir mereka keluar dari kawasan sekolah. Dalam masa yang sama Pengetua melancarkan ABC iaitu Attitude Breakthrough Challenge iaitu program merit di merit berkaitan salahlaku pelajar secara atas talian.Ibu bapa boleh melihat perkembangan anaknya melalui capaian internet dengan memasukan no Kad Pengenalan anak masing-masing. Program ini akan di perluaskan ke seluruh sekolah kerana inovasi seperti ini merupakan pendekatan terbaik untuk mengetahui perkembangan pelajar secara kontinuiti.













 




Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 10 Mac,2014.







2 comments:

  1. Thank you Tuan for launching the ABC program. It is a great effort to nurture a new and positive culture in our school. May God Bless this effort and may we be blessed as we see the changes taking place.. Change a nation by changing one school at a time; change a school by changing one student at a time; change a student by changing one attitude at a time.. ATTITUDE BREAKTHROUGH CHALLENGE

    ReplyDelete
  2. Tqvm.Hope we can work together to uphold our school integrity in all areas.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...