Dunia di kejutkan dengan tragedi misteri kehilangan pesawat MAS MH 370 777-200 yang berlepas pukul 12.41 pagi dari KLIA menuju Beijing pada hari Sabtu pagi 8 Mac 2014. Menurut kenyataan MAS seperti mana yang di laporkan dalam berbagai media elekronik dan cetak ,menara kawalan Trafik Udara Subang gagal mengesan kedudukan pesawat pada jam 2.40 pagi sebaik memasuki ruang udara Vietnam,iaitu kira-kira dua jam penerbangan.Sehingga kini sudah melebihi 24jam berlalu namun nasib 12 anak-anak kapal bersama 227 penumpang masih belum di ketahui.Usaha mencari dan menyelamat dari berbagai negara seperti Vietnam,China,Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina sedang giat berusaha mengenalpasti lokasi pesawat.Kehilangan secara misteri pesawat MAS ini mendapat liputan meluas dan menjadi berita utama dalam media seluruh dunia.Negara berdukacita dengan kejadian tersebut dan kita mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku semoga Allah SWT melindungi mereka.Insiden misteri di awan biru yang menyayat hati ini menjadi sejarah hitam negara yang terpaksa kita terima walau pun terlalu pahit.Kejadian ini menerjah kembali ingatan saya pada peristiwa Tanjung Kupang 1977 lebih tiga dekad lalu.Dalam situasi ini hanya doa yang mampu kita panjatkan semoga masih ada sinar harapan menjelang tiba.
Sumber: NST 9 March 2014.
Turut merasai kesedihan
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 9 Mac 2014.
No comments:
Post a Comment