Monday, March 31, 2014

Tahniah dan Selamat Maju Jaya

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada PK Tadbir dan Akademik SMK Sinar Bintang Pn Hajah Hanipah Endut (Gambar) kerana telah di lantik menjadi Pengetua SMK Maxwell memangku Gred DG 52 mulai 24 Mac 2014.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada beliau selama berkhidmat sebagai PK Tadbir dan Akademik mulai April,2012 yang lalu setelah bertukar dari SMK Cochrane Perkasa.Pengetua telah memaklumkan kepada beliau pagi tadi mengenai pergerakan ini. Bersama beliau beberapa orang Pengetua baharu telah menerima surat pelantikan daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) hari ini. Tahniah dan syabas semoga Pn Hajah Hanipah dapat memberikan perkhidmatan terbaik sebagai seorang Ketua Jabatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang di miliki.



Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 31 Mac 2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...