Monday, March 24, 2014

Cuaca Kembali Menyengat

Sudah tiga hari hujan tidak turun setelah beberapa ketika membasahi bumi.Mulai Sabtu 21 Mac hingga hari ini Isnin 24 Mac, cuaca panas kembali menyengat.Suhu sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang 31Darjah Celsius dengan sedikit berawan. Kadang kala berasa  berada di Mekah dan Madinah menghadapi cuaca seperti ini.Catuan air terus berkekalan bagi kawasan yang telah di jadualkan oleh Syabas mengikut giliran iaitu dua hari sekali.Seluruh kawasan AU Keramat, Wangsa Maju dan sewaktu dengannya kekeringan air.Apakah fenomena ini berterusan  hanya Tuhan sahaja yang mampu merungkaikannya. Kehebatan teknologi tidak mampu merobah keadaan cuaca untuk menggerakan awan, memperjalankan angin dan mengumpul awan untuk  menurunkan hujan kerana langit akan menurunkan titisan air bila mana di perintahkan PenciptaNya iaitu Allah SWT.Ini bermaksud manusia perlu bertaubat dan berdoa tanpa henti kepada Allah dalam keadaan susah dan senang kerana setiap musibah yang berlaku mempunyai pertalian dengan gerak tangan manusia sendiri.












 Gambar hiasan:sejuk segar kaya oksigen.
sumber: Utusan.com.my

Salah manusia

Bumi ialah planet tempat berkongsi oksigen dan pembebasan karbon dioksida bagi makhluk manusia, haiwan dan tumbuhan melata.Rantaian kehidupan ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain untuk keseimbangan ekosistem dan ekologi alam.Habitat haiwan terpaksa mengungsi diri mencari kawasan hutan yang belum di perkosa oleh tangan-tangan manusia yang tamak haloba.Penghuni hutan menjerit kelaparan kerana sumber makanan semakin pupus akibat perbuatan tangan manusia menggerogoti pemukiman mereka.Haiwan tidak pernah sama sekali merosakan habitat mereka tetapi manusia kelihatan sembrono menggondol bukit menebang hasil hutan untuk aktiviti ekonomi yang tidak pernah berhenti. Alam semakin musnah akibat penerokaan berterusan sehingga mendatangkan mala petaka kepada penghuni bumi yang lain dalam bentuk  kemarau berpanjangan kerana hilangnya punca tadahan hujan.

 
Gambar hiasan: Ayam hutan Jantan (kiri) dan dua
ekor betina di Taman Negara Kaziranga, Assam, India
Beradab dengan alam

Semua kejadian yang berlaku berkait rapat dengan aktiviti manusia yang sangat tidak beradab dengan alam lingkungan sehingga menjejaskan seluruh kehidupan.Sumber air semakin susut, tanah kering merekah, hutan terbakar, hidupan sungai semakin lumpuh dan tidak selamat akibat pencemaran sisa toksik yang di buang secara berleluasa.Tuhan tidak menzalimi hambaNya selagi manusia masih beradab dengan alam lingkungannya.Sikap sesetengah manusia yang kita saksikan di abad ini terlalu jauh menyimpang dari pesan Tuhan tanpa segan silu melakukan kemungkaran dan kefasadan sehingga mengundang bala berpanjangan.Kita sedang di uji dengan berbagai musibah yang semua orang sedia maklum ketika ini, seharusnya menjadi pengajaran dan iktibar yang sangat berguna untuk merefleksi setiap kealpaan dan kesalahan melihat dengan mata hati setiap kejadian yang berlaku di depan mata. Perspektif kehidupan perlu di lihat secara holistik yang dalam bahasa Agama di sebut syumul bagi melindungi setiap jiwa manusia dan makhluk melata dari azab Tuhan. Nauzubillah.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 24 Mac 2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...