Penantian selama lebih dua minggu sejak Sabtu 8 Mac 2014 yang lalu telah terjawab dengan pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak semalam Isnin 24 Mac mengenai kehilangan MH370 yang mendapat liputan meluas seantero dunia.Sebanyak 26 buah negara terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat(SAR) yang di ketuai oleh Australia. Perginya pesawat lewat tengah malam Sabtu 8 Mac lalu meninggalkan titik hitam dalam sejarah penerbangan negara sesudah tragedi Tanjung Kupang dalam tahun 1977, 37 tahun yang lalu.Pesawat yang membawa 239 penumpang bersama anak-anak kapal meninggalkan landasan KLIA pada jam 12.41pagi gagal di kesan radar sebaik memasuki ruang udara Vietnam telah berakhir di Lautan Hindi (Indian Ocean). Demikian pengumuman Perdana Menteri malam semalam.Ucapan takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga penumpang MH370 atas musibah yang berlaku semoga mereka terus bersabar dan tabah menerima ketentuan Ilahi.Kehidupan mesti di teruskan walau pun terlalu pahit untuk menerima kenyataan bahawa orang yang dikasihi telah pergi buat selama-lamanya. Kita hanya mampu mengucapkan Innalillahi wainna Ilaihiraa jiuun, dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita pulang. AlFatihah..
No comments:
Post a Comment