Bumi tempat bermukim setiap makhluk hidup di sediakan Tuhan dengan berbagai kenikmatan dan kesenangan secara gratis. Alam luas terbentang mengandungi khazanah berharga untuk manusia.Dalam perut bumi ditemukan berbagai bahan galian seperti emas,perak,timah, gas,minyak dan bermacam jenis logam untuk kesejahteraan hidup kita.Lapisan kerak bumi juga mengandungi air, batuan dan garam mineral yang sangat penting untuk kelestarian kehidupan organisma. Beraneka jenis spesis flora dan fauna yang mendatangkan manfaat kepada manusia bukan sahaja menjadi penyeri alam tetapi berperanan menstabilkan ekosistem kehidupan makhluk di bumi.Tumbuh-tumbuhan membina makanan melalui proses fotosintesis berbekalkan cahaya matahari,hidupan lain pula menjalankan proses peristalsis untuk menelan bahan makanan sebelum di serap oleh sistem pencernaan badan.Allah SWT memilih molekul-molekul makanan bergizi untuk di simpan dalam bentuk lemak sebelum di sintesis menjadi asid amino untuk keperluan tumbesaran sel-sel menjalankan fungsi tubuh. Demikian Allah SWT mengatur ekosistem kehidupan dengan sempurna namun sedikit sekali manusia bersyukur.
Kehidupan Hasanah
Setiap mengakhiri solat kita membaca doa Rabbana Aatina Fiddunia Hasanah Wafil Aakhirati Hasanah Waqinaa Azaabannar.Manusia mengharapkan kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat semoga di jauhkan dari azab neraka.Kebahagiaan ialah suatu nikmat yang tidak boleh di ukur dengan nilai materi kerana hartawan sekalipun tidak mampu membeli sebuah ketenangan.Ia sangat subjektif yang tidak dapat di cerna secara saintifik dan kesarjanaan yang di miliki.Kebahagiaan perlu di cari,di gali, diselidiki, di hayati dan di aplikasikan dalam setiap tindakan dan perbuatan melalui solat yang berkekalan (muqimassolah), sedekah berpanjangan,berlaku ehsan kepada kedua orang tua,menjalin hubungan silaturahim sesama insan mengikut acuan Tuhan untuk mendapat predikat kehidupan hasanah sebagai jambatan menuju akhirat yang berkekalan dan di jauhkan dari azab neraka.Amal yang baik seumpama biji benih yang di tanam, tumbuh subur, berdaun lebat sentiasa berbuah ranum yang tidak pernah habis untuk di petik.
Taufan dahsyat melanda Fillipina.
Taufan dahsyat melanda Fillipina.
Bala' dan Dosa
Bala' ialah balasan Tuhan kepada manusia yang melakukan kemungkaran dan kefasadan di muka bumi.Manusia mengingkari perintah Tuhan dalam perbuatan dan tindakan , jauh sekali dari rukuk dan sujud sebagai manifestasi perintah yang turun dari langit penuh dengan keberkatan.Allah SWT menganjurkan manusia berlumba-lumba membuat kebaikan sebaliknya orang berbondong-bondong ke tempat hiburan dengan alasan mencari ketenangan.Kedamaian di cari belum di temui,bala' pula yang datang.Antara fujjuraha dan wataqwaha sentiasa berlaku konflik yang memerlukan neraca pertimbangan iman sebagai benteng diri terjebak dengan nafsu mazmumah yang sangat jijik sehingga mengembalikan darjat manusia kelembah kehinaan dan kesesatan berpanjangan.Antara bala' dan dosa berkait rapat dengan perlakuan manusia.Tuhan menjanjikan ketenangan dan kemakmuran kepada sesebuah mukim,kariah, kampung, negeri dan negara jika penduduknya beriman dan melakukan amal soleh dengan BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFUUR sebaliknya azab Allah amat pedih kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lupa menjaga hak-hak Allah. Bala' yang turun terkena kepada semua orang tanpa memilih mereka yang berbuat baik atau sebaliknya.Terlalu banyak contoh yang berlaku di depan mata tetapi manusia memang mudah lupa setiap peristiwa yang menimpa sehingga mengambil korban ratusan ribu nyawa.
Fungsi akal
Akal tidak lagi berfungsi sebagai pusat kecemerlangan minda kerana di kuasai nafsu mazmumah yang tidak pernah berasa puas dengan kehidupan yang bersifat fatamorgana semata.Analogi sebuah kehidupan seumpama kita berjalan di Padang Sahara yang panas,dari kejauhan kelihatan seperti adanya air semakin hampir rupanya hanyalah pantulan cahaya matahari yang mengelabui pandangan mata.Manusia tidak pernah berhenti mengejar kehidupan materi sekali pun memiliki gedung perniagaan yang mewah, harta melimpah ruah sehinggakan orang miskin meleleh air liur melihat mereka.Kuatnya nafsu menguasai diri mendorong manusia sanggup membeli bukit dan pulau sebagai syurga kehidupan di bumi.Benarlah Sabda Rasulullah SAW,sekiranya anak Adam memiliki dua lombong emas, nescaya ia akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin sehinggalah mulutnya penuh dengan tanah. Demikian kurang lebih maksud pengajaran dari Nabi SAW. Antara Bala' dan Dosa menjadi indikator kehancuran umah jika
tidak di bentengi dengan Iman yang kukuh berpaksikan Tauhid kepada Allah
SWT dalam mengatur urus tadbir mengikut ketetapan Tuhan.Allah SWT menyeru setiap jiwa dengan panggilan yang sangat mulia "Yaa Ayyatuhannafsul Mutmainnah Irjiii Ilaarabbikiraa dhiyatan mardhiyyah fadhkhulii fii ibaadii wadkhuli jannati".
Renungan,
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 27 Mac,2014.
No comments:
Post a Comment