Setelah lebih dua bulan hujan tidak turun menyirami bumi,petang semalam (Sabtu 15 Mac ) dan pagi ini Ahad, gerimis mengundang sepanjang pagi dengan Izin PenciptaNya untuk kesejahteraan hidup manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah sekian lama kering kehausan.Bumi yang tadinya mati,kembali hidup dengan siraman air.Tuhan menggambarkan lingkaran (siklus) kehidupan ini seumpama hujan yang turun dari langit menghidupsubur segala tanaman dan tumbuhan untuk keperluan manusia sejagat.Hujan menyejukan suhu bumi, menyegarkan kehidupan kerana debu dan kotoran telah hilang.Terima kasih dan bersyukur sebesar-besarnya kepada Tuhan kerana menurunkan rahmat dan kasih sayangNYa kepada makhluk di bumi.Kita mengharapkan rahmat ini terus berpanjangan semoga catuan air tidak berterusan.
Kekuasaan Tuhan
Manusia akan mencari Tuhan bila dalam kesempitan dan kesusahan tetapi bila hilang penderitaan mereka lupa Allah.Tabiat dan kelakuan manusia telah di gambarkan oleh Al Qur'an dalam berbagai surah dan ayat sebagai pengajaran dan iktibar kepada kehidupan setiap insan. Walau pun manusia percaya dengan ketentuan Tuhan yang mengatur perjalanan setiap planet di alam ini namun masih ramai dalam kalangan manusia yang mengingkari suruhan dan ajakan AlQur'an dan Hadith sebagai manual kehidupan sepanjang zaman.Islam mengajar manusia ilmu pengetahuan alam, mengkaji lapisan kerak bumi,mengetahui pergerakan gelombang laut dan kelajuan angin yang dalam terminolgi di sebut Oceanografi sebagai kompas kehidupan.
Mengenal Allah
Hakikat ilmu sengoti datangnya dari Tuhan Pencipta Alam yang terkandung dalam Al Qur'an dan di perjelaskan melalui Hadith Nabi Saw untuk memudahkan manusia mengamalkannya.Awwaluddin makrifatullah iaitu awal Agama ialah mengenal Allah sebagai Tuhan Yang Mencipta Sekelian Alam. Manusia tidak perlu menganalisa memecahkan minda untuk membukti kekuasaan Tuhan kerana alam ghaib tidak mampu di cerna secara logika sepertimana kita tidak berupaya memikirkan kekuasaan Allah terhadap penciptaan manusia yang dahulunya tidak pernah wujud. Bukankah manusia itu lahir daripada percantuman sperma dan ovum kedua orang tuanya hingga lahir ke dunia? Ini adalah bukti konkrit yang tidak boleh di takwil dengan akal kerana pemikiran tidak dapat menjangkau iradah Kun Fayakun Allah.
Mengenal Allah
Hakikat ilmu sengoti datangnya dari Tuhan Pencipta Alam yang terkandung dalam Al Qur'an dan di perjelaskan melalui Hadith Nabi Saw untuk memudahkan manusia mengamalkannya.Awwaluddin makrifatullah iaitu awal Agama ialah mengenal Allah sebagai Tuhan Yang Mencipta Sekelian Alam. Manusia tidak perlu menganalisa memecahkan minda untuk membukti kekuasaan Tuhan kerana alam ghaib tidak mampu di cerna secara logika sepertimana kita tidak berupaya memikirkan kekuasaan Allah terhadap penciptaan manusia yang dahulunya tidak pernah wujud. Bukankah manusia itu lahir daripada percantuman sperma dan ovum kedua orang tuanya hingga lahir ke dunia? Ini adalah bukti konkrit yang tidak boleh di takwil dengan akal kerana pemikiran tidak dapat menjangkau iradah Kun Fayakun Allah.
Buang ego
Perangai dan tingkahlaku manusia sejak zaman para Nabi Alaihimusalam sebelum kedatangan Muhammad SAW tidak jauh berbeza dengan zaman globalisasi. Peradaban dan tamadun manusia hancur kerana ego dan sombong dengan kekuasaan.Firaun yang memerintah Masir menjadi sejarah sebuah kerajaan yang terungkap kukuh dalam Al Qur'an sebagai pemerintah yang sangat zalim hidup dalam kesesatan yang penuh zulumaat.Zaman kegelapan (zulumaat) menjadi ordinan pemerintahan Firaun dengan menguatkuasakan hukuman bunuh terhadap kanak-kanak lelaki kerana terpedaya dan yakin dengan ramalan ahli sihir istana. Allah SWT merancang sebaik-baiknya dengan mengutus Nabi Musa As sebagai penyelamat manusia iaitu Bani Israel.Keegoan dan kesombongan Firaun yang mengaku dirinya tuhan mengalahkan ketakaburan Iblis.
Kisah Sungai Nil
Al Qur'an menceritakan kisah bayi di hanyutkan ke Sungai Nil hingga menambat hati isteri Firaun bernama Asiah untuk dijadikan anak angkatnya walaupun pada mulanya mendapat tentangan Firaun tetapi hati isteri mampu mencairkan kemarahan suami.Asiah menjadi ikon manusia yang beriman kepada Allah SWT. Sejak detik itu tinggallah Nabi Musa As bersama Firaun dengan pengawalan Allah SWT. Nabi Musa As tidak akan menyusu kecuali dengan ibunya.Firaun memerintahkan rakyatnya mencari ibu-ibu yang boleh menyusui anak angkat kesayangannya.Allah memilih Ibu Nabi Musa sendiri untuk menyusui bayinya setiap hari di istana Firaun sehinggalah Nabi Musa menginjak dewasa dan membesar di Istana Firaun yang kemudiannya datang perintah Allah untuk menghancurkan kerajaan bapa angkatnya kerana Firaun tersangat melampaui batas (TOGHA).Dengan penuh hayyinan (hikmah-lemah lembut) Nabi Musa As bersama Saudaranya Nabi Harun As mendatangi Firaun membawa ajaran Tuhan, namun Dia tetap tidak beriman.Sehingga datang azab Allah hampir tenggelam di tengah lautan sewaktu mengajar kaum Nabi Musa As baharu mulai mengakui Tuhan Musa dan Tuhan Harun. Detik itu nyawa di kerongkongan, Allah tidak lagi menerima permintaan Firaun yang di tenggelamkan di laut Merah . Demikian secuplikan kisah benar yang di terangkan oleh Al Qur'an untuk pengajaran dan tauladan kepada manusia.
Gambar:www.lovehijau.com
Sungai Nil di sebut dalam Al Qur'an yang sangat
sinonim dengan perjalanan dakwah Nabi Musa As.
Gerimis mengundang
Sungai Nil di sebut dalam Al Qur'an yang sangat
sinonim dengan perjalanan dakwah Nabi Musa As.
Gerimis mengundang
Dalam menghadapi suasana kemarau yang panjang kita mengharapkan Allah SWT terus mencurahkan rahmatnya membasahi alam sekurang-kurangnya dapat meringankan beban hambaNya menghadapi kekeringan air.Tidak dapat dibayangkan bagaimana sukarnya sahabat handai dan saudara mara kita yang tinggal di pangsa puri menghadapi kekangan kritikal seperti ini.Semoga gerimis ini mengundang hujan sepanjang hari dan malam untuk meringankan beban kita semua. Memang benar hujan yang turun umpama mutiara di saat jiwa sedang sengsara. Demikian senikata lagu Allahyarham Sudirman. Ujian yang menimpa seperti kekurangan air, panas berpanjangan, jerebu tebal dan kehilangan MH370 seharusnya tidak mengalpakan manusia daripada mengingat Allah menjauhi kefasadan dan kemungkaran dengan berbagai pesta hiburan sehingga mengambil nyawa beberapa orang. Sampai bila manusia masih mahu terus begini tanpa sedikit pun serik dengan setiap kejadian menimpa di depan mata.
Shuraim surah Al Buruj
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 16 Mac 2014.
No comments:
Post a Comment