Sunday, November 3, 2013

Malam Penentuan

Malam ini Ahad 3 November,2013 pertarungan antara dua buah negeri Pantai Timur Kelantan dan Pahang akan berlangsung di Stadium Shah Alam Selangor untuk merebut Piala Malaysia. Penyokong Kelantan berbondong-bondong menuju Ibu Negara sejak petang Jumaat lagi.Saya balik ke Kelantan pada hari tersebut ,sepanjang jalan kelihatan bertali arus kenderaan berpelekat bendera merah menghiasi jalan menuju Kuala Lumpur. Hari Sabtu, lagi meriah dengan penyokong yang berantusias untuk melihat kemenangan Si Jaguh Merah.Malam ini tepatnya jam 8.40 malam merupakan penentuan Gomo Kelate Gomo akan bertarung dengan Pahang habis-habisan.Malam ini geger riuh dengan para penyokong masing-masing.Hujan yang turun sejak petang tadi tidak menghalang kedua-dua pasukan bermain dengan cemerlang. Kita mengharapkan semuanya berjalan dengan baik, penuh etika dan kesopanan.Saya bukan taksub dengan Si Jaguh Merah,(Red Warriors) tetapi mengikut intuitif, Kelantan boleh membawa balik PIALA Malaysia sekali lagi. Maknanya Kelantan boleh menang sekurang-kurangnya 1-0 dengan Pahang. Insya Allah sama-sama kita saksikan nanti.


 
 Gambar hiasan.Sumber:joegrimjow.blogspot.com

Ramalan meleset : Setelah perlawanan sengit akhirnya PAHANG muncul juara minit ke 59, dengan  1-0.Tahniah kepada pasukan Pahang.

Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
Ahad 3 November,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...