Sunday, November 10, 2013

Pelakon Ahmad Busu meninggal dunia

Pelakon Ahmad Busu meninggal dunia 
Ahmad Busu
Klang: Pelakon veteran Ahmad Busu yang meninggal dunia lewat petang semalam, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Sireh, di sini, pagi ini.

Beliau yang berusia 60 tahun ketika meninggal dunia, hanya mengalami demam petang semalam, sebelum dibawa ke sebuah klinik kira-kira jam 3 petang semalam.

Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 petang Ahmad mengalami kesukaran bernafas, sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam.

Beliau meninggalkan seorang balu, Seri Mohamad, 54, dan empat orang anak yang berusia antara 10 hingga 29 tahun.

Berita Harian Online
Isnin 11 November,2013.

Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...