Hari ini Selasa bersamaan 1 Muharram 1435H bermulanya kitaran kalendar Islam memasuki alaf baharu.Sungguh cepat masa berlalu, hari berganti minggu,menjelmanya bulan kemudian datangnya tahun lain membawa bersama sisa-sisa perjalanan usia yang semakin dekat dengan terminal kehidupan.Pengertian Hijrah sungguh signifikan dengan kehidupan manusia yang berusaha memperbaiki diri melakukan self assessment merefleksi amalan masa lalu sebagai indikator kemajuan diri seorang Muslim, Mukmin yang Mutaqqien dan Mukhlisin.Hari ini lebih baik dari semalam. Bulan ini lebih baik dari bulan sebelumnya dan tahun ini lebih baik dari tahun lalu merupakan kayu ukur dan tanda aras orang beriman. Peristiwa Hijrah Nabi saw dari Mekah Al Mukarramah ke Madinah (Yathrib) untuk membawa Iman,melaksanakan misi dakwah menegakan sebuah pemerintahan berteraskan Al Qur'an dan Sunnah Nabi saw sehingga Madinah terkenal sebagai Pusat Peradaban Islam seantero dunia.
Maher Zein You tube : The Chosen one.
Maher Zein You tube : The Chosen one.
Mengapa Hijrah
Perjalanan sejarah yang begitu panjang sebelum tertegaknya sebuah pemerintahan Islam bermula di Madinah. Mekah tanah tumpah darah Nabi saw. Baginda lahir dan membesar di kota Suci ini,pernah menjadi gembala kambing sewaktu kecil, berdagang dengan bapa saudaranya Abi Thalib ke Syam (Syria) akhirnya berkahwin dengan Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid,seorang hartawan Mekah yang setia kepada Baginda. Melalui Khadijah, Nabi saw memperolehi zuriat soleh dan solehah seramai 6 orang, dua lelaki empat perempuan.Putera dan puteri Baginda ialah Al Qassim, Abdullah, Zainab,Ruqaiyah,Umi Kalthum ,Fatimah dan seorang lagi bernama Ibrahim hasil perkongsian hidup dengan Mariyah Qibtiah( Sumber :Anak-anak Nabi saw : Ahmad Sanusi Husain.com). Kesemua anak-anak Baginda wafat sewaktu masih kecil kecuali Fatimah ra. yang sangat rapat dengan ayahandanya Rasulullah saw mencurahkan khidmat bakti kepada perjuangan Islam dengan jiwa, harta, airmata dan keringat yang membasahi bumi Madinah.Fatimah Az Zahra menjadi ikon serikandi Islam yang membawa panji kebesaran membantu Nabi saw hingga ke detik-detik terakhir kehidupan sebelum di jemput pulang.Hijrah penuh dengan pengorbanan yang di tempoh Nabi saw bersama para sahabat yang setia sanggup mempertaruhkan jiwa semata-mata kerana Allah swt dan RasulNya menyampaikan risalah yang benar menerangi Jazirah Arab dan seantero dunia dengan Nur Islam.
Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Sinar Hijrah Selasa 1 Muharram 1435H
Bersamaan 5 November,2013.
No comments:
Post a Comment