Monday, November 11, 2013

Mutiara SMK Sinar Bintang

Kecemerlangan Akademik menjadi tunjang kehidupan pelajar dalam membina masa depan, namun kejayaan tersebut lebih bermakna lagi  sekiranya mereka memiliki kemahiran dan sahsiah yang baik  sebagai nilai tambah kepada pencapaian akademik yang di perolehi.Dasar Kerajaan menggalakan penyertaan pelajar dalam Sukan dan kegiatan Kokurikulum merupakan hasrat murni untuk melahirkan pelajar yang berwibawa dalam semua bidang. Penyertaan mereka dalam Sukan bukan sekadar memenuhi slogan 1 Murid 1 Sukan tetapi yang paling dominan ialah membentuk jati diri unggul melalui  semangat kesukanan yang berbobot untuk pembangunan pendidikan negara.























Hari Kokurikulum Sekolah

Mutiara Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang (SMKSB@STAR) tidak ketinggalan dalam membangun potensi pelajar dalan bidang Sukan dan penyertaan secara aktif pelajar kami dalam beberapa acara di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (SUKMA) sehingga melayakan mereka merangkul beberapa pingat dalam pertandingan yang di adakan di peringkat negeri dalam berbagai kategori. Mereka ialah Mohd. Ery bin Hidayat memenangi tempat ketiga dalam kategori Atlet Angkat Berat MSSM.Tan Yeang Fei mendapat tempat ketiga dalam acara Tinju Tradisional Thailand di SUKMA dan Nithyah A/P Balu juga mendapat tempat ketiga SUKMA dalam Silamban iaitu Seni mempertahankan diri peringkat Wilayah Persekutuan.Tiga orang mutiara sekolah ini menjadi ikon kecemerlangan dalam Sukan. Mudah -mudahan mereka terus maju ke peringkat Kebangsaan , Antarabangsa seterusnya Dunia. 


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 11 November,2013. 


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...