Thursday, October 31, 2013

Sabar dan Yakin

Dalam Surah Sajdah Allah berfirman bermaksud" Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar.Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami" (QS: 24). Demikian perkhabaran yang di bawa oleh Al Qur'an untuk memilih pemimpin dalam kalangan manusia.Surah Sajdah yang kita baca setiap pagi Jumaat mengandungi 30 ayat, turun di Makkah dan tergolong dalam Surah Makiyyah. Allah swt menurunkan ayat-ayatNya kepada Nabi saw berdasarkan tempat ,suasana dan kejadian yang berlaku terhadap umat manusia terdahulu.Kebanyakan Surah yang turun di Makkah mengajak manusia mentauhidkan Allah swt dan mengakui kerasulan Muhammad saw. Banyak ayat  membicarakan tentang keimanan, mengEsakan Allah sebagai Tuhan yang Berhak di Sembah.

Perintah Solat

Perintah menerima Solah berlaku di Makkah sewaktu Nabi Nabi saw berada di Masjil Haram.Dengan perintah Allah, Nabi saw di perjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa Palestine dan mikraj bertemu Allah Azzawajala di SidratulMuntaha semata-mata menerima Solah kemudian kembali lagi ke Makkah dalam waktu yang singkat.Percaya kepada perkara GHAIB merupakan rukun Iman yang tidak boleh di takwil dengan akal fikiran. Sekiranya kita menggunakan logika untuk mencari bukti sudah pasti tidak akan bertemu jawapan secara rasional. Sebagai analogi,dari mana datangnya manusia yang sebelum ini belum pernah wujud ? Bukan kah manusia itu terbentuk dari percantuman mani kedua orang tua kita, dengan Izin Allah lahir ke muka bumi lengkap dengan anggota. Justeru percaya kepada Alam Ghaib secara imani menjadi pegangan setiap orang beriman iaitu mempercayai Allah swt sebagai Zat yang Tunggal yang Mencipta dan Mematikan makhluk. 

Sabar dan Yakin

Dua perkataan ini sering kita dengar dalam kehidupan masyarakat. Sabar ialah sesuatu yang sungguh mulia sifatnya.Sabar menerima ujian dan musibah. Sabar dalam keadaan menderita sakit. Sabar menahan karenah anak-anak dan berbagai masalah yang kita tempuh dalam kehidupan seharian memerlukan kekuatan iman.Hanya orang yang kuat hubungan dengan Tuhan sahaja mampu menghadapi ujian dengan penuh sabar.Hubungan dengan Allah bermakna bergantung harap sepenuhnya kepada Tuhan dalam setiap keadaan dan suasana dengan sebenar-benar Yakin.Dalam kalangan manusia, Allah memilih mereka menjadi pemimpin untuk melanjutkan risalah Nabi saw dengan penuh sabar dan yakin.Bagaimana Allah menguji NabiNya Nuh as (Pemimpin) dengan ujian amat berat anaknya tenggelam di depan mata, isterinya tidak beriman kepada Tuhan merupakan bentuk ujian yang benar-benar memerlukan kesabaran.Ciri -ciri pemimpin yang dianjurkan oleh Al Qur'an ialah mempunyai sifat Sabar dan Yakin dengan perintah Allah swt merupakan indikator kesejahteraan umah.Menjadikan Islam sebagai tonggak kepimpinan sudah pasti mendapat jaminan dari Allah swt kerana peraturan dan perundangannya  untuk menjamin keselamatan seluruh manusia di bumi.

Wallahua'lam.


Che'Yahya Che'Soh
Sinar Jumaat 1 November,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...