42,646 calon UPSR peroleh A semua subjek
PUTRAJAYA: Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam
semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.
Ketua
Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata secara
keseluruhannya pencapaian UPSR pada tahun ini meningkatkan sebanyak 0.04
mata iaitu daripada Gred Purata Nasional (GPN) 2.31 pada 2012 kepada
2.27 tahun ini.
Beliau berkata, 56.28 peratus calon mendapat minimum gred C dalam UPSR 2013.
"Calon di bawah tahap penguasaan minimum iaitu mendapat gred D atau E ialah 3.36 peratus, menurun 0.06 peratus berbanding 2012," katanya.
Semua calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka mulai 10 pagi di sekolah masing-masing.
Berita Harian Online
Khamis 14 Novemver,2013.
No comments:
Post a Comment