Friday, November 22, 2013

Terima Kasih JKR

Pihak Sekolah ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih khusus kepada Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kerana mengambil tindakan terhadap laporan yang telah di kemukakan beberapa bulan lepas mengenai infrastruktur bangunan SMK Sinar Bintang, Segambut Kuala Lumpur, terutama wayar penebat kilat yang telah lama hilang dan keadaan bilik darjah yang mengalami masalah. Beberapa siri lawatan telah di adakan oleh Jurutera Mohd. Nizam bersama pasukannya memantau keadaan sekolah sedikit masa dulu. Hasilnya Alhamdulillah, JKR telah memulakan kerja-kerja pada hari ini ( Sabtu 23 November) berkemungkinan  mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkannya kerana seluruh bangunan sekolah yang terdiri dari Blok Perdana, Blok Arif, Blok Bestari dan Blok Dinamik tidak mempunyai pendawaian keselamatan sejak sekian lama.Bagi pihak  sekolah saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas keprihatinan JKR terhadap keselamatan dan keselesaan semua pelajar sekolah ini.

 

SMK Sinar Bintang(Blok Arif dan Blok Bestari)
Gambar lama semasa Jerebu melanda negara.



Blok Arif (Dewan Bestari)

Terima Kasih,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 23 November, 2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...