Intipati Khutbah Jumaat yang disampaikan Imam bertugas di Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang pada 22 November,2013 ialah Memegang Islam seperti memegang bara api bermakna di akhir zaman ini terlalu banyak mehnah dan ujian yang terpaksa di tempoh manusia untuk menjaga akidah, moral, adab dan akhlak Islam dalam segenap lapisan kehidupan.Dunia yang penuh dengan berbagai macam hiburan menyebabkan manusia terpaku dengan kehidupan yang serba moden yang sangat sukar di bendung.Unsur-unsur persekitaran yang tidak membantu meningkatkan ketaqwaan bukan sahaja datang dari luar tetapi dalam rumah sendiri melalui berbagai saluran TV, internet, media sosial yang bercambah,terlalu sedikit yang membentuk minda dan pencerahan ilmu.Perkembangan ajaran sesat yang semakin membimbangkan turut melingkari kehidupan umat zaman mutaakhir ini. Demikian rumusan dari khutbah yang sempat saya hayati.
Mendidik manusia
Islam di datangkan Allah ke muka bumi bertujuan mendidik diri menjadi hamba terbaik yang di sebut dalam Al Qur'an Khairun Ummah. Mengapa di sebut Khairun Ummah kerana manusia beriman meyakini dan mentaati Allah dan RasulNya Saw sepenuh jiwa raga, tanpa bahas dan takwil.Menjadi umat yang terbaik kerana menjaga hak-hak Allah dan pesan Nabi SAW dalam setiap aktiviti kehidupan bertunjangkan Tauhid dan keimanan yang teguh. Semua perkara yang di sebut Tuhan dalam Al Qur'an dan di perjelaskan melalui Hadith Baginda Nabi Saw menjadi pegangan orang beriman hingga ke akhir hayat.Selain Al Qur'an dan Hadith, Ijmak dan Kias telah di sepakati sebagai landasan pengukuhan dalam pengamalan harian.Ilmu mendominasi kehidupan manusia tetapi ilmu tanpa Agama seumpama pokok yang tidak berbuah.Ilmu yang hakiki ialah mengenal Allah sebagai Rabb yang menciptakan manusia , haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh isi alam dengan indah,harmoni, teratur dan berjalan mengikut SunnahNya. Langit yang tidak bertiang, bumi luas terbentang mengandungi pelbagai spesis flora dan fauna menjadi ibrah kepada Ulil Albab iatu orang yang menggunakan akal fikirannya menghayati dengan tadabur setiap ciptaan Tuhan sehingga menumbuhkan rasa ketaqwaan diri,lalu lidahnya menyebut ;
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا
بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .
Melihat dengan mata hati
Orang beriman melihat setiap kejadian Tuhan melalui mata hati berpandukan kejernihan iman yang sejati bukan dengan pandangan mata yang sentiasa terpedaya dengan fatamorgana kehidupan.Dari kejauhan disangkanya air, semakin di dekati rupanya kilauan cahaya yang memantul menghasilkan gelombang di tengah jalan akibat disimbah pancaran terik matahari. Pandangan mata selalu menipu disangka mutiara rupanya kaca.Kehidupan manusia yang materialistik, penuh dengan kepuraan menjadi hiasan dunia moden yang semakin jauh dengan Tuhan.Tuntuan nafsu yang tidak pernah puas menyebabkan manusia sukar membezakan yang HAK dan BATHIL. Lidah menjadi kelu walau pun melihat kemungkaran berlaku di depan mata kerana tiada kekuatan iman untuk menegur dan menghalang kefasadan.Benarlah Sabda Nabi SAW " Sesungguhnya kamu akan mengikuti sunnah-sunnah(perjalanan) orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sekiranya mereka memasuki lubang biawak kamu mengikuti juga". HR M. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang mengenal Allah jangan jadi seperti Qaruun walau pun sepupu Nabi Musa As dan juga Abu Lahab bapa saudara Nabi saw tetapi nama mereka di rakam sebagai manusia yang paling di benci dan dilaknat oleh Allah SWT.Tempat mereka di Neraka yang paling bawah. Na'uzubillah.
Sumber :Arabmykrk.wordpress.com
. Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Jumaat 22 November,2013.

No comments:
Post a Comment