Tan Sri Abd Ghafar Mahmud
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Peranan Pengurus Sekolah
Pengarah Pendidikan seterusnya mengingatkan Pengetua dan Guru Besar sebagai orang penting di sekolah perlu meletakan Teras Perkhidmatan sebagai tunjang kekuatan organisasi yang menjadi nadi perkhidmatan awam dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat selari dengan dasar Kerajaan melaksanakan transformasi dalam pendidikan.Sebagai orang penting di sekolah peranan Pengetua dan Guru Besar sangat dominan menentukan hala tuju Kementerian menepati sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.Pelaksanaan sistem secara online dalam semua urusan memerlukan komitmen dan penglibatan bersepadu dalam kalangan pengurus untuk mempercepatkan proses kerja mengikut jadual yang di tetapkan.
Ceramah Dokter Salina
Gambar hiasan
Sumber: Internet.
Ceramah bertajuk Kesejahteraan Insan disampaikan oleh Dr. Salina Abdul Aziz , Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HKL sungguh berkesan. Beliau menjelaskan punca-punca tekanan (stress) bermula dari berbagai tempat seperti rumah, sekolah, tempat kerja, kesesakan jalan raya,masyarakat dan peribadi sendiri. Semuanya ini bergantung kepada persepsi seseorang. Setiap manusia sedikit sebanyak mengalami gangguan tekanan tersendiri tinggal lagi sejauh mana kita dapat mengawal dan menanganinya.Jika tekanan berpanjangan boleh mengakibatkan naiknya tekanan darah, berlaku ulser dan meningkatkan kortisol dalam badan.Kebimbangan yang melampau menyebabkan kemurungan atau anxiety disorder yang akhirnya jika tidak terkawal boleh menyebabkan Burnt Out Syndrome yang kronik.Gangguan fikiran yang kritikal menyebabkan paranoid, halusinasi, delusi dan bipolar yang membimbangkan. Beliau seterusnya memberikan tips untuk mengatasi beberapa simpton yang perlu di ketahui oleh seseorang Ketua atau Majikan dalam menangani kejiwaan dan mengenalpasti tingkahlaku pekerja melalui IDEAL.
Identify the problem
Describe possible options
Evaluate consequenses of each options
Act base on rules and regulations
Learn from the past experience.
Identify the problem
Describe possible options
Evaluate consequenses of each options
Act base on rules and regulations
Learn from the past experience.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 20 November,2013.
No comments:
Post a Comment