Pagi tadi Sabtu 9 November,2013 bersamaan 5 Muharram 1435H, seperti biasa Uztaz Mohd.Zin menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Al Falah AU 4 dengan menyambung Surah Al Kahfi ayat 66- 70 yang mengisahkan pertemuan antara dua Nabi Allah iaitu Nabi Musa As dengan Nabi Khaidir As. Kisah mereka di pertemukan di antara dua lautan yang terletak di Rom dan Farsi membuka lembaran sirah perjalanan suci Nabi Musa As mencari ilmu bersama dengan pengikutnya Yusya bin Nun (ayat 60-65) dengan petanda jelas bahawa ikan yang mereka bawa melompat ke dalam lautan.Di situ lah tempat pertemuan bersejarah antara dua orang Nabi sepertimana di rakamkan Allah swt dalam Al Qur'an.
Ilmu Nabi Khaidir As
Nabi Khaidir As di kurniakan ilmu yang tidak di miliki oleh Nabi Musa As walau pun status mereka sama-sama Nabi Allah. Kelebihan ilmu yang ada pada Nabi Khaidir menyebabkan Nabi Musa As sanggup mengharungi perjalanan yang jauh semata-mata ingin menuntut dengannya.Dailog berlaku secara terus antara dua orang kekasih Allah 'Bagaimana kamu boleh bersabar wahai Musa, sedangkan kamu belum mengetahui' ? Demikian tungkas Nabi Khaidir As kepada Nabi Musa As mengenai kesabaran dalam menuntut ilmu. Nabi Khaidir As, seolah-olah sudah dapat membayangkan bahawa Nabi Musa As tidak akan mampu bersabar sepanjang menuntut ilmu bersamanya.Sebenarnya terlalu banyak falsafah dan peringatan yang telah Allah tetapkan melalui kisah pertemuan dua orang Nabi ini. Antaranya ialah,setiap hamba Tuhan memiliki kelebihan masing-masing.
Berlapang dada
Orang berilmu seharusnya saling berlapang dada antara satu sama lain mencari titik pertemuan merungkaikan sesuatu masalah untuk kepentingan umah.Berasa diri lebih berilmu daripada orang lain seharusnya perlu dihindari oleh para Da'i yang benar-benar cintakan kejernihan Iman.Terdapat dalam kalangan penceramah yang tidak mahu mendengar orang lain menyampaikan tazkirah atau kuliah kerana merasakan mereka kurang berilmu. Orang beriman merendah diri kerana takutkan Tuhan. Mereka berusaha mencari titik pertemuan menyampaikan hukum Allah dengan penuh teliti melalui dalil-dalil dan nas yang di bawa oleh para Imam muktabar seperti Imam Shafie dan Imam An Nawawi yang menjelaskan posisi anak luar nikah dalam kerangka Islam.

Posisi anak zina
Ustaz Mohd. Zain menghuraikan posisi anak zina dalam Islam mengikut persepektif Imam Shafie yang perlu di 'bin' kan kepada Ibunya atau Abdullah.Bagi pandangan Imam Nawawi pula beliau berpendapat anak zina perlu dibinkan kepada Bapa Zinanya. Beliau mengambil contoh kisah seorang ahli ibadat bernama Jurais yang sangat terkenal dalam sejarah. Ketika Jurais sedang solat (sunat) ibunya memanggil nama beliau, tetapi Jurais tidak menyahut panggilan ibunya. Dalam diri Jurais berlaku pertembungan antara memenuhi tuntutan Allah atau menjawab panggilan ibunya. Oleh kerana Jurais tidak memberi respon ibunya menjadi berang lantas berdoa kepada Allah supaya Jurais di ganggu oleh seorang pelacur untuk berzina dengannya.
Jurais yang 'abid
Jurais di datangi perempuan cantik menggodanya dengan berbagai gaya menawan, namun tidak sekali -kali mampu menundukan nafsu seorang 'Abid yang begitu taat kepada Allah. Oleh kerana berputus asa perempuan tersebut mencari seorang gembala kambing untuk memuaskan nafsunya. Akibat perbuatan terkutuk tersebut perempuan penzina mengandung dan melahirkan anak. Si pelacur menuduh perbuatan tersebut di lakukan oleh Jurais, lalu Jurais di musuhi dan di kutuk.Bagi menenangkan keadaan dirinya Jurais menunaikan solat sunat terlebih dulu, kemudian mendapatkan anak tersebut lalu beliau bertanya siapakah bapa kamu sebenarnya? Anak tersebut menjawab bapanya ialah pengembala kambing. Demikian kisah benar yang berlaku terhadap hamba Allah yang 'Abid dan soleh cukup masyhur dalam riwayat untuk kita renungi. Inti pati dari kisah ini dapat kita simpulkan bahawa ; Ibu tidak boleh terlepas doa yang tidak baik untuk anaknya kerana setiap perkataan yang keluar dari lidah seorang ibu sangat makbul di sisi Allah. Kedua anak Zina boleh di 'bin'kan kepada Bapa Zinanya. Sebaik selesai kuliah, seperti biasa pihak surau menyediakan sarapan pagi kepada para jamaah yang hadir.
Sebahagian jemaah Surau Al Falah AU 4 menikmati sarapan pagi.
Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Surau Al Falah AU 4 Keramat
Tengah, Kuala Lumpur.
Sabtu 9 November,2013.
Jurais Yang 'Abid

No comments:
Post a Comment