Berita pemergian adik Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia (gambar ) yang menuntut di Universiti Marmara Istanbul dalam usia 20 tahun sungguh istimewa. Keistimewaannya kerana jenazah beliau mendapat penghormatan yang begitu mulia dalam kalangan ulama, para sahabat dan rakan-rakan sepengajian beliau sehingga ribuan orang turut bersolat di Masjid Eyyub Sultan dan menghantarkan ke tanah perkuburan yang menempatkan para pejuang Islam di zaman Khalifah Uthmaniah.
Perjalanan terakhir
Saya menyaksikan video perjalanan terakhir Allahyarham melalui you tube, blog penuh syahdu dan terharu dengan sambutan masyarakat Istanbul yang memuliakan anak muda yang di kasihi Allah ini.Semoga Allah memberikan tempat yang terbaik kepada beliau. Salam takziah yang sedalam-dalamnya dari saya kepada Tuan Haji Ahmad Azam Mantan Presiden ABIM atas kehilangan putera tercinta.Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.Anak muda yang di kasihi Allah ini pergi buat selama-lamanya semasa sedang menuntut ilmu. Di beritakan beliau juga ikut serta dalam misi keamanan di Syria dan sekembalinya beliau ke Istanbul, Allah telah menetapkan ketentuanNya.Sesungguhnya Allah swt telah mempersiapkan tempat yang terbaik untuknya di SANA , Amin.
Istanbul memilih Ammar
Sudah menjadi ketentuan Ilahi Istanbul memilih Ammar untuk di makamkan bersama para pejuang dan sahabat sejak zaman Khalifah Uthmaniah di bumi yang penuh bersejarah ini. "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat dan Dia lah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (QS Lukman :34). Saya sempat bersolat di Masjid Eyyub bersejarah ini semasa berada di Instanbul tahun lalu bersama keluarga. Masjid yang cantik dan indah ini menjadi tarikan umat Islam untuk berziarah dan melihat kesan keagungan Islam semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniah di asaskan oleh Sultan Muhammad Fateh. Selamat beristirehat wahai anak muda yang di kasihi Allah.

Sumber:alifzaimimra.blogspot.com
Serangkai Al Fatihah untuk Ammar,
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis,21 November,2013.
No comments:
Post a Comment