Friday, October 3, 2014

Mengenali Waris

Bermulanya perjumpaan  Waris

Waris ialah susur galur keturunan bagi sesebuah keluarga dalam masyarakat. Dalam kalangan orang Melayu biasanya nasab mereka terhenti pada cicit,piyut atau moyang jika tidak dilestarikan hubungan kekeluargaan.Selepas itu di sebut waris warah (sebutan dalam kalangan masyarakat Kelantan). Mengenali Waris yang saya maksudkan ialah pembentukan Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera atau ringkasnya WARIS telah diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hasil usaha Dato Dr. Zain Yusof dan Tuan Fatah Gazali yang begitu komited untuk merealisasikan organisasi penting ini. Tahniah kepada semua AJK berkat bulan Ramadhan dan berjaga malam hingga ke waktu sahur untuk membincangkan penubuhan gabungan alumni ini sehingga menjadi realiti.WARIS di cadangkan oleh Dr Mohammad Awang Yunus@Rusdi dan diterima AJK Penaja untuk di bawa ke Pendaftar Pertubuhan (ROS).

PENAUNG                Datuk Khamis Abu Samah
PENASIHAT             Tuan Hj  Zahari Awang
YDP                            Dato Dr.Mohd Zain Yusof
TYDP                          Dr. Suhaimi Kadir
NYDP 1                      Drs. Che Yahya Che Soh
NYDP 2                      Dr   Mohammad Awang Yunus
NYDP 3                      Dr. Zuber  Hassan
SU                               Drs. Hj Ab.Aziz Omar
PSU                            Wan Ab Razak Wan Ishak
BENDAHARI            Dra Tuan Khatimah Tuan Ibrahim
AJK                             Abd Fatah Ghazali
                                     Drs. Hj Zahari Zakaria
                                     Drs. Hj Nik Alwan Nik Mohd. Amin
                                     Drs. Wan Roslan Wan Yaacob
                                     Drs. Zubib Saad
                                     Dra  Che Esah Che Su
                                     Drs Rudaini Mohammad
                                      Mohd Sayuti Omar(MSO)
PEMERIKSA
KIRA-KIRA                Drs. Asri Daud

                                      Drs. Yunus Yusof

Alhamdulillah. Segala Puji hanya untuk Allah Tuhan Seru Sekalian Alam.Selawat berserta salam untuk Junjungan Nabi Besar Muhammad saw sebagai Pesuruh Tuhan menyampaikan risalah Islam membawa cahaya kebenaran. Dengan izinNya jua pada hari ini Jumaat 1 Ogos 2014 seluruh Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (WARIS) telah dapat mengadakan pertemuan dengan sahabat-sahabat yang telah lama terpisah lebih 37 tahun lalu di Dewan Suara Muda Kota Bharu seperti mana yang dirancangkan.Majlis Tautan Kasih menjadi simbul penyatuan mantan pelajar Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia khususnya Medan.Idea asal hanyalah sebuah ilusi cetusan Dr.Suhaimi Kadir melalui WhatsAPP hingga akhirnya menjadi  realiti. Terima Kasih Suhaimi.Demikian hebatnya sistem komunikasi zaman ini hanya beberapa minggu sahaja tautan kasih dapat direalisasikan mengikut perancangan. Seluruh kaum kerabat alumni yang datang dari Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan Kelantan berkumpul seawal jam 10.30 pagi dalam acara Halal Bihalal  yang penuh nostalgik.Masing-masing datang bersama keluarga dan cucu meraikan majlis tersebut.Suasana syahdu dan terharu saling bersalaman dan berpelukan sebak hingga menitis air mata.

Waris yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Y.Bhg.Datuk AS Khamis pada hari ini seharusnya menjadi wadah yang bermakna kepada setiap alumni. Justeru kita perlu membuat publisiti secara berterusan melalui berbagai saluran komunikasi selaras dengan perkembangan ICT yang begitu pesat berkembang melangkaui sempadan negara dan daerah.Dengan cara itu WARIS akan menjadi sebuah badan NGO yang di kenali dan mendapat publisiti meluas.Perancangan dan gerak kerja perlu di buat secara teliti bagi mencapai objektif yang di harapkan.Waris yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bergerak selari dengan perlembagaan untuk membantu pihak kerajaaan melestarikan hubungan dengan NGO lain khususnya dengan Republik Indonesia dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan, kebudayaan, sukan dan adat resam kedua-dua buah negara serumpun yang sedia terjalin sejak berkurun.

Kehadiran Datuk AS Khamis Ketua Protokol dan Istiadat Istana Melaka menjadi suntikan semangat kepada kami. Beliau hadir semata-mata untuk bersama dengan WARIS bagi menjayakan majlis yang penuh bersejarah ini.Dalam ucapannya beliau mengimbau kisah-kisah lalu semasa bersama pelajar di Medan yang penuh dengan nostalgik dan mengharukan. Datuk AS Khamis terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia yang begitu mengambil berat tentang kebajikan mahasiswa di Medan. Beliau menjadikan kediamannya tempat pelajar berkumpul semasa menyambut Idilfitri dan majlis-majlis rasmi.Rumahnya sentiasa terbuka kepada pelajar.Layanan dan sokongan kepada mahasiswa menyebabkan kami begitu dekat dengan beliau. Datuk AS Khamis bersama keluarga terutama dua orang anaknya Adik dan Abang cukup dekat dengan pelajar Malaysia pada ketika itu. Demikian sekelumit kisah lalu yang sukar dilupakan.Dengan kelahiran WARIS pastinya menjadi wahana yang paling berkesan  untuk kita menghubungkan silaturrahim dalam kalangan ahli dan Datuk AS Khamis sendiri yang lebih mesra dengan panggilan Pak Khamis dalam kalangan pelajar Malaysia. Beliau menaruh harapan besar WARIS akan menjadi sebuah pertubuhan yang berdaya maju dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia-Indonesia khususnya dalam memupuk keharmonian antara dua buah negara.


Che Yahya Che Soh
Ahli Waris.Kompilasi artikel asal
yang di sesuaikan untuk buletin waris.
Sabtu 4 Oktober 2014.






5 comments:

  1. Tolong kekalkan tulisan Mengenali Waris dalam blog ini Tuan Pengetua. Kendatipun ianya kurang sesuai untuk dijadikan Kata Pengantar bulletin kita kerana Tuan telah melangkaui ke arah penulisan Latar Belakang tetapi dari sudut lain ia tetap berharga sebagai rujukan tentang waris!
    Sejauh ini rujukan tentang Waris hanya terdapat dalam Blog MSO dan Guru Cemerlang Sastera DG54 Chegu Abd. Aziz Omar(Azmar). Kerana itu kewujudan blog tuan yang turut merakamkan segala gerak rentak Waris amat dihargai kerana manfaatnya yang berpanjangan.....

    ReplyDelete
  2. TKasih Tuan. Kata Pengantar tu bagi saya tidak jadi isu sebab boleh di edit dari blog yang memaparkan sejarah kewujudan Waris sebab tu saya tulis disesuaikan dari artikel terdahulu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas kewujudan WARIS. tapi ramai ahli-ahlinya yang dah lupa siapa Abang Z...seperti kata Dr. M....
    Melayu mudah LUPA..

    -Dr Ahmad Suffian-

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas kewujudan WARIS. tapi ramai ahli-ahlinya yang dah lupa siapa Abang Z...seperti kata Dr. M....
    Melayu mudah LUPA..

    -Dr Ahmad Suffian-

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...