Dua maut, seorang parah dekat Terowong Menora
- Keadaan kereta mangsa yang remuk dalam kejadian nahas lima kenderaan di KM256 Lebuhraya Plus dekat Terowong Menora, Ipoh pagi tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
IPOH - Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di
KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora
dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama berkata kejadian yang berlaku lebih kurang 11 pagi ini membabitkan beberapa buah kenderaan.
"Setakat ini maklumat yang kita terima dua orang maut dan seorang lagi cedera parah," katanya.
Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City.
"Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang," katanya.
Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer.
Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya. - Bernama

Sinar Harian Online
Ahad 5 Oktober,2014.
No comments:
Post a Comment