Thursday, October 2, 2014

Jangan Beramal Kerana Syurga

Setiap orang inginkan syurga dan mohon dijauhkan dari neraka. Antara syurga dan neraka merupakan tempat terakhir tujuan hidup kita.Manusia wajib berjumpa Khaliknya kerana  itu adalah janji yang tidak boleh dihindari bagi setiap makhluk yang bernyawa meski pun berada dalam benteng yang kuat dan kukuh.Maut pasti datang menjemput bila tibanya ajal.Allah menggambarkan sesungguhnya Neraka Jahannam itu di isi dengan kebanyakan jin dan manusia.Sehingga pada suatu ketika Allah bertanya kepada Neraka apakah sudah penuh? lalu  jawab Neraka "Apakah masih ada tambahan lagi yaa Allah" seperti terakam dalam surah Qaf .Apabila sudah mati manusia memohon di depan Tuhan untuk kembali ke bumi walau pun sesaat untuk membuat amal kebajikan, namun sudah terlambat. Di saat itu manusia baru sedar sebenarnya ia tidak lagi berada di dunia tetapi di suatu alam yang terpisah jauh dari kesibukan, keseronokan,keindahan,kenikmatan yang pastinya bersifat fatamorgana semata-mata.Berpisah dengan anak-anak isteri dan suami tempat bermanja,tiada lagi berguna segala harta,pangkat dan kekuasaan melainkan membawa sekeping hati yang SALIIM menjadi penolong ketika bersendirian di alam sepi gelap gulita beberapa meter dalam perut bumi.Itulah BARZAKH rumah pertama manusia menunggu sehingga seluruh alam di gulung Tuhan.

Ujian berat

Alam Barzakh menjadi taman-taman syurga atau sebaliknya bergantung kepada amalan soleh semasa hidup.Amalan Soleh bertunjangkan ikhlas berlandaskan niat yang terhunjam kukuh dalam hati.Sia-sia perbuatan dan amalan kerana riak,ujub,sumaah dan takabbur merasakan kita paling sempurna dan terbaik dari orang lain. Allah hanya menerima setiap yang baik tanpa sedikit pun ada prasangka.Perjalanan sirah para Kekasih Allah penuh dengan liku kehidupan yang sukar tidak mampu diterima oleh orang biasa seperti kita. Nabi Ibrahim As menerima ujian yang paling hebat dalam sejarah kehidupan baginda menjalankan fungsi kenabian di atas muka bumi.Di bakar hidup-hidup oleh regim Namrud tetapi Allah menyelamatkan Baginda dengan memerintahkan api supaya sejuk. Qul naa ya rukuuni bardan wasalaaman ala Ibrahim.Bermula dengan kisah Siti Hajar dan Ismail As ditinggalkan di lembah gersang tandus hinggalah kepada perintah menyembelih anak yang dikasihi. Akal yang waras mustahil boleh menerimanya tetapi keimanan dan keyakinan bulat kepada Allah mengatasi segalanya.Mekah Al Mukarramah menjadi makmur berkat doa Nabi Ibrahim As yang tulus ikhlas kepada Allah.Itulah Nabi Ibrahim As Rasul Ulul Azmi yang sangat penyantun,ikhlas dan teguh keyakinan kepada Allah.

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

Artinya: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berdo’a: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, sebuah negeri yang aman dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kiamat.” (QS Al-Baqarah: 126)

Bukit Sofa,Marwah dan Sumur Zamzam menjadi saksi kebenaran sirah Nabi Mulia Ibrahim As bersama keluarganya. Kisah Baginda sangat sinonim dengan peristiwa yang berlaku di Mina, Muzdalifah dan Jabal rahmah,Ibadah Haji dan pelaksanaan Qurban. Justeru bagi mereka yang mendapat keampunan Allah seolah-olah seperti sedang berehat dan bergembira dengan segala kenikmatan sementara menunggu pengadilan Tuhan.



Menanti di Barzakh 

Betulkan persepsi


Syurga itu milik mutlak Allah.Hanya mereka yang beramal semata-mata kerana Tuhan pasti mendapat ganjaran disisiNya.Kita berdoa "Allahumma Ajirna Minannar" meminta Allah jauh dari Neraka yang bahan bakarnya terdiri dari batu, jin dan manusia.Makanan orang berdosa di sediakan Tuhan dengan buah Zaqqum iaitu sejenis pohon berduri yang sangat menakutkan. Al Qur'an menggambarkan Syurga penuh dengan segala kenikmatan yang tidak dapat di bayangkan oleh mata, mengalir di bawahnya sungai-sungai menjadi penghias dan penghibur setiap penghuninya.Jangan beramal kerana syurga sebaliknya beribadah kepada Allah dengan tulus ikhlas melaksanakan tanggungjawab sebagai mukmin sejati. Sesungguhnya Allah itu amat mengetahui apa yang ada dalam dada manusia.Innahu 'Aliimum bizaatisuddur. Analogi seperti ini jika dinisbahkan dalam pekerjaan seharian ialah jangan bekerja kerana ketua tetapi bertugaslah kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.Orang beriman rindukan keampunan Tuhan. Hubungan yang tidak pernah putus dengan Allah menjadi pendinding kemungkaran.Mukmin sejati mempunyai kejernihan hati dan ketinggian pribadi yang mewarnai gerak geri sebagai lambang kemuliaan diri.Mukmin sengoti meletakan Allah dan Rasul sebagai tujuan hidup, berusaha memperbaiki diri semaksima mungkin menjadi umat terbaik "Khairun ummah" sebagai  sarana paling ampuh menuju keredhaan Tuhan.


Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis2 Oktober,2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...