Tuesday, October 21, 2014

Gaya Blusukan Presiden Jokowi

Kepimpinan merupakan sarana yang sangat menunjang dalam pembentukan sesebuah organisasi di berbagai peringkat pertubuhan samada seperti NGO, Institusi awam, Sekolah dan pemerintahan sesebuah negara.Setiap orang mempunyai gaya kepimpinan tersendiri untuk merealisasikan hasrat dan citra organisasi mencapai objektif yang telah ditetapkan.Teori dan ilmu kepimpinan hanyalah  panduan untuk memperkasa dan memantapkan kejituan pemimpin menerajui organisasi ke arah mercu kejayaan.Faktor paling dominan ialah komitmen dan keikhlasan seseorang pemimpin terhadap kemajuan organisasi di bawah seliaannya.Bagaimana seseorang pemimpin mampu mengadaptasi dengan suasana dan persekitaran organisasi menjadi salah satu indikator kejayaan.

Gaya Blusukan

Joko Widodo 53, yang lebih terkenal dengan Jokowi dalam kalangan rakyat telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia yang ke 7 di Istana Merdeka Jakarta pada hari  Isnin 20 Oktober 2014 di hadiri tokoh-tokoh besar dunia. Beliau menggantikan Sosilo Bambang Yudhoyono yang menjadi Presiden selama dua penggal mulai 20 Oktober 2004 hingga 20 Oktober 2014. Saya mengikuti pengisytiharan beliau sebagai orang yang paling berkuasa di Indonesia melalui kaca Televisyen (TVRI) dengan penuh minat. Jokowi terkenal dengan gaya kepimpinan blusukan iaitu gemar mengunjungi kawasan perumahan dan penempatan penduduk secara mengejut (impromptu) tanpa protokol semasa menjadi Datuk Bandar Surakarta dan  Gabenor Jakarta untuk mengetahui sendiri secara akar umbi masalah yang di hadapi oleh rakyat. Beliau kelihatan bersahaja,berpakaian ringkas dan sentiasa mengukir senyuman semasa bertemu rakyat. Identiti khas ini memberi kelebihan kepada Jokowi yang kini menjadi Presiden Republik Indonesia yang mempunyai penduduk hampir 250 juta, merupakan negara keempat bilangan  teramai di dunia untuk tempoh lima tahun akan datang.

Selamat bertugas Bapak Presiden.Syabas dan Tahniah.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Selasa 21 Oktober,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...