Dunia dalam era teknologi menjadi semakin sempit batas lingkungan walau pun jaraknya ribuan batu dari tanah air. Dengan berbagai kemudahan gadget manusia mengetahui setiap peristiwa berlaku sepantas kilat melalui internet.Mesin pencari seperti Google,Google Chrome,Mozilla Firefox, Internet Explore membekal talian kepada pengguna di seluruh dunia untuk mendapatkan berita atau perkembangan yang berlaku di setiap penjuru bumi termasuk merakam peristiwa Ibadah Haji di Mekah Al Mukarramah. Dengan menggunakan smartphone berita dan maklumat diperoleh sebegitu mudah merakam perjalanan Haji bermula dari Wukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah untuk mengutip anak-anak batu hingga berkampung di Mina beberapa hari untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun Haji.Labaikallahumalabaik.Labbaikallahummalabaik bergema memenuhi ruang Bumi Mekkah sebagai lambang penyerahan diri secara total kepada Allah.
Raihan Labbaik Allah
Budaya selfie
Tidak kurang juga Jamaah yang mengselfie menghantar gambar-gambar perjalanan Haji mereka untuk tatapan rakan dan sanak saudara di Tanah Air.Selfie sudah menjadi budaya masyarakat dunia sekarang dari tokoh-tokoh besar hinggalah orang biasa.Bagi mereka yang mempunyai rasa malu dengan diri pastinya canggung mengambil gambar sendiri kerana perbuatan seumpama itu boleh menimbulkan rasa kagum (ujub) yang ditegah oleh Agama. Tabiat manusia suka melihat dan merenung gambar sendiri.Justeru para alim ulama melarang umat Islam menggantung gambar-gambar di rumah mereka bagi menghindarkan diri dari perasaan tersebut.Beberapa tahun lalu Pemerintah Arab Saudi melarang merakam gambar-gambar sekitar Kaabah, Masjid Haram dan tempat-tempat tertentu malah jika kelihatan jamaah membawa kamera mereka akan rampas, tetapi sekarang larangan tersebut tidak berlaku lagi. Melalui Mekkah live umat Islam boleh melihat perjalanan Haji dan Kaabah secara terus bagi mengubat rasa rindu kepada Masjidil Haram yang penuh dengan keberkatan ini. Demikian hebatnya daya cipta manusia yang mencipta teknologi untuk kemudahan manusia.Sejarah rekacipta moden bukan sahaja di zaman ini tetapi ribuan tahun lampau manusia sudah mampu membina Piramid, Tembok Besar China, Borobodur dan Taj Mahal yang menjadi lambang Shah Jahan di India merupakan antara ciri-ciri binaan yang sangat artistik yang belum pasti termampu dibangunkan oleh manusia abad ini.
Sofa dan Marwah
Zaman awal Mekkah hanyalah sebuah lembah kering tandus yang tidak berpenghuni.Allah mentakdirkan Nabi Ibrahim As bersama Puteranya Ismail As dan Siti Hajar menjadi orang terawal menghuni lembah gersang tersebut yang terletak antara dua bukit iaitu Sofa dan Marwah berdekatan Kaabah yang menjadi pusat bumi.Kemudian datangnya kafilah suku Jurhum sehinggalah Mekkah bertambah ramai dengan penduduk hingga ke hari ini. Al Qur'an menegaskan إِنَّ الصَّفاَ وَاْلمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ "Innassofa wal marwata minsyaairillah". Sofa dan Marwah adalah sebahagian syiar Allah. Kedua-dua bukit ini menjadi saksi keperitan Siti Hajar berlari-lari mencari air untuk anaknya setelah bekalan yang terhad di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS kehabisan.Pengorbanan Hajar seharusnya menjadi ikutan wanita Islam yang memahami tugas dan kewajiban suami kendatipun terpaksa menghadapi saat yang paling kritikal bertarung antara hidup dan mati di Padang Pasir yang kering gersang.Akal yang waras pastinya sukar menerima perbuatan Nabi Ibrahim As meninggalkan isteri dan anak kecil di saat mereka memerlukan seorang suami dan ayah di sisi.Kisah Al Qur'an ini memberi pengajaran besar kepada kita bahawa perintah Allah mengatasi daya fikir manusia.Sebagai manusia Nabi Ibrahim AS pasti memilki naluri kebapaan tetapi perintah Tuhan menjadi pilihan walau pun dalam keadaan berat hati untuk meninggalkannya.
Perubahan Mekkah
Mekkah sebuah Kota Suci yang menjadi tempat penyatuan seluruh umat tanpa mengira bangsa,warna kulit dan keturunan sesuai dengan Islam sebagai Agama Fitrah yang tidak membezakan manusia.Sejarah Mekkah dengan Nabi Ibrahim AS cukup panjang untuk di ceritakan.Baginda dan puteranya Ismail As diperintah membina Kaabah dan memanggil manusia untuk berhaji dan umrah.Rumah Allah yang pertama di muka bumi didirikan untuk umat manusia melakukan ibadah kepadaNya.Mekkah yang memiliki beberapa nama seperti Bakkah, Al Balad Al Amin menjadi tumpuan manusia sejak berabad dan Kaabah tidak pernah lengang dari manusia untuk melakukan Tawaf. Mekkah kini terlalu banyak berubah.Tiada lagi kesan-kesan sejarah peninggalan jejak Ambia yang boleh di pelajari oleh generasi kini.Saban tahun perluasan Masjid Haram di lakukan untuk menampung jamaah yang datang dari segenap pelosok dunia untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Sofa dan Marwah berhawa dingin, Batu-batunya telah di simen dan di pagar.Tidak seperti dulu, jemaah Haji dan Umrah boleh menyentuh atau berdiri di atas batu semasa melakukan Saie hingga puas selama tujuh kali. Bangunan jam Gadang menjadi mercu tanda Haram boleh dilihat dari jauh.Kaabah semakin jauh dan kelihatan terlindung oleh bangunan sekitar yang memagarinya.
nazbus.wordpress.com

Renungan.
csyahya victory
Alhamdulillah! Kalaulah daya cipta manusia sudah begitu hebat maka betapa hebatnya lagi daya cipta Sang Maha Pencipta wahai Tuan Haji Che Yahaya. Dan jika seluruh manusia dapat menilai kehebatan Allah Swt. Sang Maha Pencipta ini maka sudah tentu tidak ada manusia yang tidak akan beriman padaNya.....
ReplyDeleteTKasih Tuan.Analogi paling mudah manusia dicipta Tuhan dari titisan sperm dan ovum membentuk zigot kemudian menjadi embrio.Allah memerintahkan Malaikat meniupkan Roh sehingga semua anggota badan berfungsi sebelum lahir ke dunia. Lima fasa di alami manusia iaitu Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Barzah dan Alam Mahsyar. Subhanallah.
ReplyDelete