Salam Sejahtera.Saudari-saudari Pengacara Majlis, Y.Bhg. Dato' Melvin Loh Pengerusi LKM selaku tetamu kehormat pada pagi ini, YDP PIBG En. Simon Khor, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru, seterusnya pelajar-pelajar sekalian.
Kehadiran Dato' yang juga mantan pelajar SMKSB@STAR dari tahun 2005 mempunyai nostalgia tersendiri sebagai seorang pelajar sekolah ini suatu masa dulu.Saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana meraih prestasi cemerlang dalam hidup.Saya berasa bangga dengan kejayaan bekas pelajar SMKSB@STAR yang mencipta nama dalam dunia korporat sebagai salah seorang tokoh yang berjaya membangun legasi perniagaan sebagai Pengerusi LKM yang memayungi 9 anak syarikat di bawah beliau.
Kejayaan ini menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi kerana cabaran dalam dunia business terlalu besar. Syabas dan tahniah Dato'.Pihak sekolah merakam penghargaan dan terima kasih khusus kerana kesudian Dato' untuk menyumbang dan memasang alat penghawa dingin di Dewan Gemilang untuk keselesaan pelajar kami. Saya pasti Dato' sangat prihatin dengan sekolah kerana di sini lah beliau menimba ilmu dan mengutip berbagai pengalaman sebelum menjadi seorang tokoh korporat yang berjaya.Bantuan beliau kepada sekolah tentunya berterusan bukan hanya terhenti di sini sahaja. Terima kasih Dato' .
Tuan-tuan dan Puan-puan,
SMKSB@STAR secara perlahan namun pasti mengalami proses penambahbaikan dan transformasi berterusan dalam bidang Akademik, Kokurikulum, Sukan dan Sahsiah pelajar. Semakin hari bertambah baik terutama pencapaian akademik pelajar menunjukan prestasi memberangsangkan. Dalam SPM tahun lalu seramai 13 orang pelajar sekolah ini mendapat semua A meningkat seramai 6 orang berbanding tahun 2011, 7 calon , dengan peratus kelulusan keseluruhan meningkat sebanyak 3.05 . Begitu juga dengan pencapaian dalam PMR seramai 12 orang mendapat semua A pada tahun ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Semua kejayaan ini hasil usaha pelajar dengan tunjuk ajar guru yang bertungkus lumus memberikan bimbingan tanpa mengenal jemu walau pun sesekali mengganggu emosi dengan karenah segelintir pelajar . Dalam bidang kokurikulum pula pelajar kita telah menunjukan pencapaian keperingkat antarabangsa dalam pertandingan memasak 'World Chef Competition' sehingga melayakan mereka ke Switzerland pada tahun lepas bersama Puan Koay, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini. Begitu juga dalam bidang Sukan, pembabitan pelajar dalam Badminton hingga ke peringkat antara bangsa melayakan pelajar ke Filifina pada tahun lalu.
Y.Bhg. Dato' tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi memastikan pelajar seronok dan gembira, kami berusaha menghijaukan iklim sekolah dengan berbagai jenis tanaman beradun lembut bunga-bungaan sebagai terapi minda yang menyegarkan. Bangunan sekolah yang kelihatan elegan dan gagah menjadi mercu tanda kejayaan pelajar. Papan tanda SMKSB is a Star school bukan sekadar hiasan tetapi benar-benar kenyataan yang kita dambakan bahawa sekolah ini akan menjadi sebuah institusi yang berkualiti bukannya sekadar ilusi menyedapkan hati.Bagi merealisikan impian tersebut pihak sekolah berganding bahu memperkenalkan berbagai pendekatan untuk membantu pelajar ,melaksanakan PEMBESTARIAN PMR dan SPM dengan memberi fokus kepada pencapaian mata pelajaran yang merosot seperti Bahasa Melayu dan Sejarah dalam kalangan pelajar. Bimbingan berterusan dari Guru Cemerlang menjadi pemangkin kejayaan pelajar. Pihak sekolah mensasarkan seramai 20 orang calon SPM tahun ini mendapat semua A InsyaAllah.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Kemajuan sesebuah sekolah berkait rapat dengan hubungan dan kerjasama padu masyarakat. Peranan PIBG sebagai badan perantara sekolah menjadi penentu ukuran kecemerlangan pelajar.Jalinan muafakat antara sekolah dan Ibu bapa merupakan faktor pengukuhan pencapaian pelajar. Selaku Pengetua sekolah ini , saya amat berterima kasih kepada pihak PIBG kerana prihatin dengan sekolah terutama menyediakan pra sarana kemudahan infratruktur membaiki lantai Dewan Gemilang, Pusat Sumber, memasang CCTV dan menyediakan dana untuk kegiatan pelajar dalam Sukan dan kegiatan sekolah dengan jumlah yang agak besar. Dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan menghasilkan modal insan berketrampilan selaras dengan PPPM 2013-2025, transformasi dalam berbagai bidang sedang dilaksanakan, seperti PBS,Frog VLE, I think, Hots (KEBAT), MMI, Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah,MBM/MBI, 1M1S, mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat lulus SPM. Subjek Bahasa Inggeris pula akan di wajibkan lulus dalam SPM menjelang tahun 2016 dan berbagai sistem online yang bertujuan menambah kecekapan dan pemantapan penguasaan guru dan murid.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Pihak sekolah juga telah melancarkan program kayuhan bestari bersama PIBG untuk mengumpul dana bertujuan membaiki dan menambahbaik bangunan sekolah untuk keselesaan pelajar.Sambutan ibu bapa, guru-guru dan pelajar sangat memberangsangkan. Kerjasama erat seperti ini memungkinkan SMKSB@STAR muncul sebagai sebuah sekolah terunggul dan di segani. Sehingga ini dana terkumpul baru mencecah RM31,400 mungkin dengan sumbangan daripada Y,Bhg Dato' pada hari ini kedudukan kutipan kita akan melonjak drastik. InsyaAllah.
Sekian Terima Kasih
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 27 Oktober,2013.
Teks ucapan Graduasi Khamis 31. 10 .2013.
No comments:
Post a Comment