Pagi tadi Sabtu 12 Oktober,2013 seperti biasa Ustaz Mohamad Zin (gambar)menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Falah AU 4 Keramat dengan menyambung surah Al Kahfi ayat 60-65. Beliau memetik beberapa peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Musa As bersama khadamnya Yusa' bin Nun yang berkelana mencari ilmu.Mereka sampai di suatu tempat iaitu pertemuan antara dua buah lautan di mana ikan yang di bawa melompat ke laut.Setelah penat berjalan Nabi Musa As bersama pengikutnya tertidur kerana terlalu penat berdekatan dengan sebuah batu besar . Ketika terjaga, beliau bertanya kepada rakannya di mana bekalan yang di bawa? Yusa' menjawab "ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali " . Di sini lah berlakunya pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir As. Di belahan bumi manakah dua lautan itu ? InsyaAllah bersambung bulan depan.
Wallahu'alam.
Che' Yahya Che'Soh
Surau AU 4
Sabtu 12 Oktober,2013.
No comments:
Post a Comment