Sunday, October 27, 2013

Persaraan Pengetua

Dalam bulan Oktober ini tepatnya pada 29 dan 31 Oktober,2013 tiga orang Pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menamatkan perkhidmatan mereka dalam  dunia pendidikan setelah berkecimpung lebih 30 tahun mendidik dan membentuk kepribadian anak bangsa menjadi modal insan yang berguna untuk pembangunan negara. Jasa mereka teramat besar terhadap masyarakat dan negara walau pun kurang di beri pengiktirafan. Mereka yang pasti bersara dalam waktu dekat ini ialah Puan Zainab Hashim Pengetua SMK Cochrane Perkasa, Puan Hanizah Idris, Pengetua SMK Puteri Titiwangsa dan Sdra. Kamaruddin Buyong Pengetua SMK Manjalara, Kepong. Semoga Allah memberikan kesihatan dan ketenangan berpanjangan kepada rakan-rakan semua. AMIN. Selamat bersara.
 
 
Sdra.Kamaruddin Buyong
Pengetua SMK Manjalara
PPPS DG 52














Puan Zainab Hashim 
Pengetua  SMK Cochrane Perkasa
PPPS DG 54

 
















Puan Hanizah Idris
Pengetua SMK Puteri Titiwangsa.
PPPS DG 54
















Sumber You tube Berjumpa dan Berpisah.

Pagi tadi sekitar jam 10.30 saya bergegas ke SMK Cochrane Perkasa untuk turut sama meraikan Puan Hajah Zainab walau pun jadual kerja  padat.Ramai rakan -rakan Pengetua yang hadir antaranya Datin Hasmah Abu (SMKTTDI), Puan Che Kamariah @Siah SMKBS, Puan Rodiah SMK Puteri Wilayah, Puan Ce Hasnah SMK Datuk Lokman, Puan Hanizah Idris SMK(P)Titiwangsa, Puan Halimahtun SMK Zon RI Wangsa Maju, Puan Nazifah Latif SMK Cochrane dan wakil-wakil Pengetua menyampaikan salam perpisahan kepada beliau. Majlis persaraan ini turut di raikan Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Sentul Hajah Nik Ramas Nik Wan yang mewakili Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan.Majlis berakhir dengan jamuan tengahari dan pertunjukan kebudayaan oleh para pelajar.


Salam hormat,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang (SMKSB@STAR)
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 27 Oktober,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...