Kuliah Subuh di Surau Al Falah AU 4 pagi tadi (Ahad 27 Oktober) disampaikan Ustaz Ibrahim Mohammad sebagai rutin tazkirah bulanan. Antara lain beliau membaca Hadith Nabi saw yang di riwayatkan oleh Tabrani dan Baihaqi yang bermaksud " Tidak berlalu suatu saat ke atas anak Adam kecuali ia mengeluh di Mahsyar." . Menurut beliau ketika berada di Mahsyar manusia akan mengeluh berpanjangan mengenang nasibnya kerana selama hidup di dunia tidak melakukan amal soleh,jauh sekali mengingati Allah (berzikir) dalam setiap keadaan.Berzikir bermakna mengingati Allah setiap saat baik di masa senang, susah atau derita di timpa musibah. Berzikir boleh dilakukan dengan berbagai cara antaranya ialah dengan hati,lidah dan anggota badan kerana Zikrullah itu umpama air dengan ikan yang tidak pernah putus dari kehidupan.Sememangnya konsep zikir itu sangat luas hanya orang kita saja yang memahami dari skop yang sempit.Ketika kita melihat kebesaran Tuhan melalui PenciptaanNYa, terdetik dalam hati keagungan Tuhan apa lagi mengingat nama-nama Allah yang sangat indah iaitu Asma Ul Husna boleh menenangkan jiwa manusia yang sedang sakit. Beliau seterusnya membaca sepotong Hadith Qudsi yang berkaitan dengan pemungut cukai berada dalam neraka.
Ustaz Ibrahim Mohammad Raja
Sumber gambar:kuliahpengajian.com
Ustaz Ibrahim Mohammad Raja
Sumber gambar:kuliahpengajian.com
Sumber :Asma Ul Husna you tube from internet.
Penghuni Neraka
Ayat Al Qur'an bertebaran mengingatkan manusia tentang siksaan neraka tetapi manusia memang sengaja mencampakkan diri mereka ke lembah kehinaan.Dunia yang kita saksikan dalam kurun ke 21 ini sangat mencemaskan. Kejadian dan insiden di luar batas kemanusiaan sudah menjadi asam garam kehidupan. Pembunuhan, pemerkosaan, perompakan, penzinaan, buang bayi dalam tong sampah sudah lali dalam masyarakat.Rasuah, perjudian, pemerdagangan orang memenuhi rantaian kehidupan manusia moden yang terlalu jauh dari unsur-unsur keinsanan apa lagi kemurnian Islam.Bergelumang dengan kefasadan menyebabkan zhulumatnya (gelap) hati sehingga dikuasai nafsu syaitan yang menyesatkan.Tunggulah manusia bila sampai masa kamu akan rasakan " LA AM LA AM NA JAHANNAM MA MI NAL JINNA TIWANASI AJ MA'IN . Sesungguhnya Aku akan penuhkan Neraka Jahannam dengan Jin dan Manusia. Janji Tuhan pasti berlaku kepada siapa saja yang engkar dan zalim semasa hidup di muka bumi.
Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Imam Surau Al Falah AU 4.
Ahad 27 Oktober,2013.
No comments:
Post a Comment