Wednesday, October 30, 2013

SMK Desa Mahkota

Mulai tahun 2014, sebuah Sekolah Menengah akan di buka untuk menampung pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang begitu padat di daerah Kepong. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Mahkota telah siap di bina sejak setahun lalu, terletak di Desa Park City yang sedang pesat membangun. Sekolah ini bersebelahan SRJK(C) Kepong 3 dan Pusat Perubatan Sime Darby.Rekabentuk sekolah ini kelihatan elegan dan moden. Lokasinya tidak jauh dari SMK Sinar Bintang Segambut  (1.5 km)  dan  SMK Manjalara Kepong. Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (KSPS)Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pn Rusni Ab.Jalil, semasa mesyuarat Profesionalisma Pengetua dan Guru Besar di BTP Bukit Kiara pagi tadi.












Pn Hjh Rusni Ab.Jalil
KSPS JPWP Kuala Lumpur.
















Sumber:says.com


Dengan pertambahan ini bilangan sekolah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekarang sebanyak 298 buah Rendah dan Menengah.Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul (PPWS) Hjh Nik Ramas Nik Wan mengingatkan Pengetua dan Guru Besar membuat persiapan penutup dan pembukaan penggal sekolah dengan teliti  supaya tidak timbul sebarang isu yang  boleh menjejaskan kemasukan pelajar baharu pada sesi 2014.Beliau meminta sekolah menyemak kerja-kerja yang telah di laksanakan sepanjang tahun dan memastikan e Perlu di kemaskini untuk tujuan LNPT.
Sumber:says.com



Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 30 Oktober,2013.

SMK Desa Mahkota Park City

2 comments:

  1. Salam ....
    Kat sekolah ni ? Form 6 ade subjek ape...? Kemanusiaan sahaja .....

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...