Wednesday, October 16, 2013

Klik Dengan Bijak

Sekolah Menengah kebangsaan Sinar Bintang (SMKSB@STAR) telah terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan  Liga Remaja Kreatif anjuran bersama SKMM, KPM , RTM dan FINAS  bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar cara penggunaaan ICT/internet dengan lebih bijak . Tajuknya Klik Dengan Bijak atau  Click Wisely.( Malang Tidak Berbau).  Majlis penyampaian hadiah akan diadakan di Auditorium  SKMM Cyberjaya. SMKSB@STAR diwakili oleh empat orang pelajar Tingkatan 4 Dinamik bersama Guru Cemerlang ICT Cik Johana Muhammad dan Puan Mazalina. Tahniah dan Syabas kepada mereka.
 
 
 Sumber: Mazalina
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut  Kuala Lumpur.
Khamis 17 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...