Sunday, October 27, 2013

Haji Ab.Hamid Telah Tiada


 
 Sumber:simplyhasanah.tumblr.com

Sebelum mengimami Solat Subuh, saya mendapat berita kehilangan seorang jemaah tetap Surau Al Falah AU 4 Keramat , Hj. Abdul Hamid telah kembali kerahmatullah pada hari ini (Isnin ) jam 2.00 pagi  di Hospital Ampang dalam usia genap 70 tahun.Jenazahnya telah pun berada di rumah beliau di Jalan AU 4/5 tidak jauh dari Surau.Solat jenazah akan di adakan pada pukul 9. 00  pagi di Surau Al Falah.Kesihatan beliau sejak akhir-akhir ini agak menurun, bertongkat ke Surau namun tetap menunaikan Solat berjemaah setiap pagi dengan kereta Myvi hijaunya BGY 34.Beliau suka berserban dan tidak pernah lekang dengan satu lagi lagi serban di bahunya.Itu lah ciri-ciri hamba Allah yang mematuhi sunnah Nabi saw.Kehilangan beliau cukup di rasai dalam kalangan jemaah.

 Di sukai Jemaah

Allahyarham di sukai dan di senangi ramai jemaah sehinggakan Ustaz Ibrahim Gedebe selalu mengusik beliau semasa menyampaikan kuliah pagi.Semasa mendengar tazkirah saya perhatikan Allahyarham mudah tersentuh dengan ceramah yang disampaikan sehingga genangan air mata mengalir di pipinya.Semasa hidupnya beliau seorang yang banyak membuat kebajikan dan suka menolong orang. Kawasan Surau ditanam dengan ubi kayu, cili api dan terung untuk kegunaan jemaah.Saya pernah berkata kepada beliau itulah sedekah jariah Tuan Haji yang boleh membantu setelah kita tiada nanti. Beliau kelihatan gembira dan mengucapkan Alhamdulillah.Saya rapat dengan beliau tetapi agak terkilan kerana tidak mengetahui beliau dimasukkan ke Hospital kerana mengalami komplikasi jantung.Demikian menurut isterinya semasa kami menziarahi jenazah pagi tadi.Janji Allah pasti berlaku kepada setiap manusia, tinggal lagi kita yang masih hidup menunggu detik dan saat yang wajib di tempuhi menuju tempat yang sama iaitu BARZAH.Banyaknya pengajaran dan tamsil bila menziarahi kematian kerana manusia itu sentiasa ghuflah dengan alam yang pasti kita tuju iaitu AKHIRAT.Perbanyakkan amalan semasa hayat masih ada, cintailah Allah dan Rasul saw dengan jiwa raga semoga kita mendapat keredhaanNya.

Melawat jenazah

Sebaik selesai Solat Subuh para jemaah ke rumah beliau melawat jenazah , menyampaikan doa dan tahlil semoga Allah swt memberikan tempat yang selayaknya kepada beliau.Amin.Jenazah beliau di solatkan di Surau Al Falah oleh anakandanya sendiri Mohd.Irwan dengan ratusan jemaah bersama-sama berdoa semoga Allah swt memberikan tempat yang sebaik-baiknya.Ustaz Farhan kemudiannya mengetuai pembacaan doa khusus untuk Allahyarham sebelum jenazah di usung keluar untuk ke tanah perkuburan menggunakan Van Jenazah Masjid As Sobirin. Saudara mara dan sahabat handai turut menghantarnya ke perkuburan AU4 untuk di semadikan sehinggalah tiba hari kebangkitan yang dijanjikan Allah, pada  kira-kira jam 10.30 pagi. Selamat beristirehat semoga Allah swt membangkitkan tuan dengan nur iman di Mahsyar nanti . Serangkai Al Fatihah khusus buat Hj Ab.Hamid Ayub@Osman semoga Allah swt meyantuni hambaNya dengan penuh kasih sayang di alam sana. Amin Ya Rabbal 'Alamin.




















Sumber gambar:lamanwargaau4.blogspot.com

Allahyarham Hj.Ab.Hamid  berseluar biru (bersila)kedua
tangan di atas lutut kelihatan tersenyum bersama rakan jemaah
di Surau Al Falah AU 4 Keramat. Depan sekali ialah Hj.Ramli kini 
masih terlantar sakit di rumahnya tidak jauh dari rumah Allahyarham. 

















Perkarangan Surau Al Falah AU 4 Taman Sri Keramat Tengah.

Titisan doa dari seorang teman
Che'Yahya Che'Soh
Imam Surau Al Falah AU 4.
Isnin 27 Oktober,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...