Sebuah Pulau Baru Muncul Di Pakistan Selepas Gempa Bumi
KHUZDAR (Pakistan): Sebuah pulau baru muncul di Pakistan
selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di
wilayah Baluchistan di daerah Awaran pada Selasa lalu yang kelihatan
seperti tanah berdebu yang luas.
"Pulau itu setinggi sehingga 100 kaki dan 200 kaki lebar, muncul
selepas gempa bumi melanda di bahagian Baluchistan," kata pegawai kanan
pentadbiran Tufail Baluch kepada AFP.
Pegawai itu berkata, pulau yang sama muncul di tempat yang sama di
perairan kira-kira 60 tahun lalu tetapi hilang selepas beberapa ketika,
yang bermaksud 'pulau' sekarang ini mungkin tidak akan bertahan lama.
Ia bagaimanapun tidak menghalang penduduk tempatan menggunakan bot
untuk meneroka pulau itu, yang mungkin dilanda lumpur dan pasir.
Saluran televisyen menunjukkan imej kawasan berbatu yang semakin
meninggi di atas paras laut, serta orang ramai yang kelihatan hairan
dengan kejadian itu berkumpul di pantai untuk menyaksikan fenomena yang
jarang-jarang berlaku.
Pulau baru itu tercipta akibat tekanan gempa bumi, kata seismologi
John Armbruster kepada NBC News, yang mana katanya ia membawa kepada
pembentukan sebuah "gunung berapi lumpur."
Beliau berkata, pembentukan lumpur itu merupakan kejadian yang wujud berikutan gempa bumi sekuad magnitud tujuh atau lapan.
Kajian Geologi Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tahap merah pada
Selasa, yang memberi amaran bahawa jumlah kematian yang tinggi
berdasarkan data sebelum ini, dan kerajaan wilayah mengisytiharkan
darurat di Awaran.
"Jumlah kematian akibat gempa bumi mencecah mencapai 208 orang
sekarang. Yang cedera adalah lebih 382 orang," kata Asad Gilani, yang
merupakan salah seorang pegawai paling kanan pentadbiran wilayah kepada AFP.
"Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mendapatkan semula mayat
dan mereka yang cedera, tetapi keutamaan kami adalah untuk membawa
mereka yang cedera ke hospital secepat mungkin," katanya.
"Tidak ramai doktor di kawasan itu tetapi kami cuba untuk menyediakan
kemudahan secara maksimum di kawasan-kawasan yang terlibat," kata Jan
Muhammad Baledi , jurucakap kerajaan Baluchistan, kepada saluran berita Ary.
mStar Online
Khamis 26 September,2013.
Keajaiban ciptaan Allah.
Keajaiban ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment