Wednesday, July 10, 2013

Puasa Membentuk Perilaku Manusia

Dalam setahun terdapat satu bulan yang di khususkan Tuhan kepada manusia muslim untuk melakukan ketaatan secara total kepada Allah swt dari segi makan minum ,hubungan kelamin di siang hari,menjaga lidah dan hati dari berkata tidak benar.Hubungan manusia dengan Allah swt secara khusus di sebut Hablum minallah menjadi asas doktrin dalam beribadah kepada yang Ghaib sepertimana yang terkandung dalam Rukun Iman (R I) iaitu Percaya kepada Allah, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada kitab, Percaya kepada Rasul. Percaya kepada hari kiamat dan Percaya kepada Qadha dan Qadhar. Sejauh mana umat Islam dapat mengamal dan menghayati setiap tonggak R I sebagai indikasi hubungan hamblum minallah yang sentiasa hidup dan bertunjang kukuh dalam diri  menjadi kayu ukur muslim sejati di bulan mulia ini.

Ramadhan penawar penyakit

Ketibaan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan menjadi petunjuk kepada orang-orang beriman kerana dalam bulan ini setiap amalan hamba di lipatganda oleh Allah. Al Qur'an memberi nama dengan SHAHRU RAMADHAN  kerana pada bulan ini Kitab Suci ini di turunkan kepada Junjungan tercinta Nabi Muhammad saw yang membawa khabar gembira, sedih, duka dan ancaman kepada mereka yang tidak menunaikan tanggungjawab dan memelihara amanah Tuhan.Sebagai petunjuk kepada manusia "huddan linnas" membaca Al Qur'an dengan penuh tadabbur lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan menjadi penawar segala penyakit jasmani dan rohani.Dari segi fizikal badan kita menjadi ringan kerana kolestrol turun dan peredaran darah lancar sehingga sistem kardiovaskular berfungsi dengan baik.Dari segi rohani ,keimanan bertambah mantap dan selalu  ingin membuat kebaikan merupakan petanda bahawa Tuhan mendengar rintihan kita.

Merasai penderitaan

Terlalu banyak hikmah jika hendak di jelaskan mengenai kebaikan dan kelebihan berpuasa.Melalui ibadah ini kita dapat menyelami penderitaan anak-anak miskin dan rakyat di negara yang dilanda bencana mengalami keadaan yang sungguh derita untuk mendapatkan makanan. Mereka terpaksa berlapar sepanjang hari kerana terputusnya bekalan.Merasai penderitaan yang di alami mereka menjadi kita hamba yang sentiasa ingat bahawa rezeki kurniaan Illahi itu terselit di dalamnya sebahagian kecil untuk fakir dan miskin yang perlu bantuan.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Rabu 10 Julai,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...