Wednesday, July 10, 2013

Transformasi pendidikan vokasional kian diyakini
Transformasi pendidikan vokasional kian diyakini  
Muhyiddin beramah mesra dengan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad (duduk, kanan), Sharifah Hapsah dan Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Naib Canselor di ibu negara, semalam. - Foto Abdullah Yusof
Rembau: Jumlah permohonan yang tinggi untuk memasuki Kolej Vokasional membuktikan transformasi pendidikan vokasional yang dilaksanakan kerajaan meyakinkan rakyat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 117,000 permohonan diterima memasuki kolej itu tahun ini, berbanding 21,000 tempat ditawarkan.

Permohonan meningkat


Katanya, permohonan pelajar ke program Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam kelmarin adalah 1,874 orang, berbanding kapasiti tempat hanya 465 pelajar.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Perluasan Program Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam: Kolaboratif Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, dekat sini semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional memasuki tahun kedua kini melangkah ke fasa lebih mencabar.

Meterai nota kerjasama

Katanya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia menandatangani nota kerjasama pada 2 Oktober 2012 untuk melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Kolej Vokasional.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, kementerian mengalu-alukan kerjasama syarikat perindustrian untuk memberi nasihat mengenai silibus dan peluang pekerjaan kepada lepasan program Kolej Vokasional.

Di Kuala Lumpur, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Naib Canselor, Muhyiddin berharap penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan meningkatkan sinergi antara sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Beliau juga mahu penggabungan itu memberi dimensi baru dalam dunia pendidikan negara.

Pengerusi Majlis Naib Canselor, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika ditemui selepas mesyuarat, berkata penggabungan dua kementerian itu bakal memberi manfaat kepada kedua-dua sektor jika dimanfaatkan sepenuhnya.
 
Harian Online
Rabu 10 Julai,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...