Sunday, July 7, 2013

Sukan Balapan Padang Sabtu 6 Julai,2013.
















































































































































































Sukan Balapan Padang

Sukan Balapan Padang di adakan pada hari Sabtu 6 Julai,2013 di Padang SMK Menjalara kerana kita tidak mempunyai padang sendiri. Kebanyakan sekolah di Kuala Lumpur memang miskin padang tetapi aktiviti tetap berjalan mengikut perancangan.Walau pun menghadapi kekangan program 1 murid 1 sukan tetap dilaksanakan setiap tahun .Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Pengetua Tuan Kamaruddin Buyong kerana sudi meminjamkan padang sekolahnya untuk program sukan tahun ini.Tahun lalu 2012, kita menggunakan Stadium Selayang tetapi kerana sedang dalam proses renovasi, tepaksa di buat di SMK Menjalara. Acara berjalan dengan baik sehinggalah berakhir pada pukul 1.00petang mengikut jadual. Terima kasih kepada Su Sukan Pn Emilia dan En.Affendi kerana berjaya menganjurkan acara balapan dengan begitu mulus dan tersusun. 

Acara sukan 


Acara bermula pada pukul 8.30pagi dengan ucapan perasmian tetamu jemputan En . Ab.Aziz Ab.Rahman, Pengurus Kawasan DBKL Segambut. Oleh kerana beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir, Pengetua telah mengambil tanggungjawab merasmikan majlis yang sungguh meriah itu. Acara bermula sebaik saja majlis perasmian selesai. Beberapa acara yang di pertandingkan dengan menjemput sekolah berhampiran iaitu SMK Kiaramas dan SMK Kepong Baru menyertai kejohanan. 

Pengetua SMKSB@STAR
Segambut,Kuala Lumpur.
Isnin 8 Julai,2013.
Kredit gambar:Che' gu WNazmi
Cik gu Ross blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...