Gambar hiasan.
Sumber:cintaiindah.blogspot.com
Salah satu jenis minuman yang sangat di gemari dalam kalangan masyarakat Kelantan ialah Tuak. Air Tuak yang di peroleh dari nira merupakan minuman asli dari mayang kelapa.Kegigihan pemanjat kelapa menyadat mayang setiap hari menjadi punca pendapatan kepada sebahagian masyarakat kampung.Saya berasa kangen sekali dengan air tuak.Di Kuala Lumpur, agak sukar untuk memperolehinya walau pun ramai masyarakat Kelantan di Ibu Kota. Kemasyhuran air tuak di Kelantan menjadi buah bibir mayarakat kerana rasa sedap dan menyegarkan terutama semasa hendak berbuka.Sepanjang jalan di negeri ini kelihatan peniaga menjual tuak di samping berbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.Tidak kurang juga yang menjual daging segar sepanjang bulan Ramadhan.Beraneka kuih muih seperti lompat tikam, tahi itik, serabe (serabai), buah mulong (gula melaka) merupakan jenis makanan kegemaran masyarakat Malaysia.
Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
Jumaat 19 Julai,2013.
No comments:
Post a Comment