Hari Jumaat merupakan sayyidul ayyam bagi segala hari. Setiap individu muslim yang cukup akal wajib bersolat Jumaat di mana-mana Masjid atau Surau. Hari Jumaat ialah hari bekerja bagi negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia.kebanyakan pekerja terpaksa bergegas ke pejabat untuk menyambung tugas mereka. Bagi pelajar-pelajar sesi petang pula mereka perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 2.20 petang.Senario yang berlaku pada akhir-akhir ini terutama di Masjid Ar Riduan Hulu Kelang agak meresahkan jemaah kerana khutbah yang di sampaikan Khatib terlalu lama menyebabkan makmum tidak khusyuk.Sejak dua minggu Jumaat ini Khatib membaca Qunut Nazilah yang agak panjang dan meletihkan jemaah yang uzur dan tidak upaya berdiri lama.
Keluhan Jemaah
Sebaik selesai solat Jumaat pada hari ini 26 Julai,2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H, saya terdengar seorang jemaah merungut dan melepaskan emosinya terhadap imam yang memimpin solat. Pakailah "commonsense" orang berdiri terlalu lama kata beliau. Memang benar doa yang dibaca tadi terlalu panjang sehingga mengganggu dan menjejaskan konsentrasi sesetengah makmum yang berumur dan uzur. Inti doa sangat baik tetapi kaedah dan pendekatannya kurang hikmah terhadap jemaah. Kejadian seperti ini kerap berlaku bilamana khatib luar yang menyampaikan khutbah.Berkhutbah seolah-olah berceramah sehingga memakan masa yang agak panjang dan merimaskan jemaah terutama kepada mereka yang akan menyambung tugas di sebelah petang. Kita mengharapkan supaya perubahan dapat di lakukan oleh pihak berkuasa Masjid untuk keselesaan bersama.Islam itu mudah jangan di perpayahkan.
Che' Yahya Che' Soh
Lembah Kelang
26 Julai,2013.
Jumaat 17 Ramadhan 1434H
No comments:
Post a Comment