Subuh hari ini sungguh bertuah kerana dapat menunaikan solat bersama imam dari Palestine di Surau Al Falah AU 4 Keramat .Beliau di beritakan akan ke Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan secara bergilir untuk menjadi Imam Tarawih dan memimpin solat fardhu sepanjang Ramadhan Al Mubarak. Beliau akan kembali ke Palestine pada akhir bulan ini.Solat Fajar pagi tadi sungguh menggugah perasaan bila imam membaca Surah Yusuf begitu tenang dan berkesan terasa seperti bersolat di Mekah dan Madinah. Subhanallah. Suaranya yang merdu mengalunkan wahyu Ilahi dengan penuh tadabur menyebabkan air mata saya mengalir membasahi pipi.Subhanallah. Peranan Imam menjadi indikator kekuatan makmum mendirikan solat. Bacaan yang baik, merdu dan memenuhi tatabahasa Al Qur'an membangkitkan motivasi dalam kalangan jemaah untuk berdiri mengerjakan solat dengan khusyuk semata-mata mendekatkan diri (taqarrub) dengan Allah swt .
Nasib umat Islam
Selesai solat,beberapa jemaah mengambil kesempatan bertanya mengenai perkembangan di Palestine dan Mesir ketika ini. Beliau menjelaskan keadaan umat Islam dihimpit dengan berbagai tekanan dari kuasa kuffar dunia seperti Amerika dan Israel yang tidak senang dengan kebangkitan Islam. Terowong Gaza di tutup sebaik sahaja Mursi di gulingkan oleh Tentera. Masjid Al Aqsa di ratah oleh Yahudi dengan membina terowong bawah tanah menyebabkan Masjid ketiga penuh bersejarah yang menjadi tempat persinggahan Nabi saw dalam peristiwa Israk Mikraj terancam musnah.Beliau meminta kita berdoa semoga Allah swt mengembalikan Wlayah Palestine yang di jarah Yahudi dengan rakus kepada umat Islam Palestine.

Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Lembah Kelang
Selasa 30 Julai,2013.
No comments:
Post a Comment