Monday, July 8, 2013

Puasa Hari Rabu 10 Julai 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubarak.Umat Islam di Malaysia akan menunaikan kewajiban berpuasa pada hari Rabu 10 Julai,2013 seperti mana yang ditetapkan Kerajaan.Rukun Islam ketiga ini menemui kita setahun sekali.Mudah-mudahan semua umat Islam yang akil baligh(kecuali wanita uzur) dapat menunaikan ibadah ini dengan penuh syukur dan rendah diri di depan Allah SWT. Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan kepada umat-umat terdahulu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa. Demikian inti pati perintah Tuhan yang wajib di patuhi oleh setiap orang beriman.Mulai malam esok, imam akan memulakan solat terawih dengan kehadiran para jemaah yang berganda lebih dari biasa untuk menunaikan kewajiban kepada Tuhan. Jangan jadi hamba Ramadhan tetapi jadilah hamba Tuhan yang beramal secara konsisten dengan memenuhi rumah Allah  untuk memperolehi rahmat dan keberkatan berpanjangan.
Selamat berpuasa .

Csyahya
Kuala Lumpur.
Isnin 8 Julai,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...