Sunday, July 7, 2013

Pengalaman Mengurus dan Mentadbir Peperiksaan

Selama 9 tahun saya berada di Unit Penilaian dan Peperiksaan (sekarang Sektor) Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) berbagai pengalaman menarik,manis,pahit dan mencabar kewibawaan intektual di alami semasa mengurus dan mentadbir peperiksaan  awam seperti UPSR,PMR,SPM , STPM dan peperiksaan luar negara seperti LCCI, ACCA, ABRSM yang di kelola oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semua jenis peperiksaan di turunkan ke negeri untuk di urus mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Objektif utama peperiksaan ialah memastikan setiap calon yang berdaftar menerima kertas soalan pada hari peperiksaan.Kegagalan mengurus secara profesional mengakibatkan berlaku ketidakaturan yang memungkinkan calon tidak mendapat kertas soalan mereka.Setiap pegawai terbabit perlu menjaga kerahsiaan peperiksaan dengan menanda tangani akta rahsia rasmi 1972 setelah di beri watikah pelantikan oleh Pengarah Pelajaran.Pelantikan petugas peperiksaan di buat secara on line melalui sistem e-pengawas yang  di bangunkan oleh Unit Penilaian Peperiksaan  (UPP) untuk meningkatkan kecekapan organisasi dan melicinkan proses kerja. 

Sekadar himbauan pengalaman

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 7 Julai,2013. 

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...