Nostalgia indah zaman kanak-kanak dalam beberapa dasawarsa yang lalu sungguh menggamit perasaan. Suasana permai pedalaman desa dengan kehijauan permatang sawah menjadi panorama kehidupan masyarakat kampung yang kaya dengan budi bahasa dan beradab sopan sangat mengujakan saya.Ibu-ibu tua bersama anak-anak dara mereka turun mencedung tanpa rasa jijik, geli dan takut dengan lintah yang sangat peka bau manusia untuk menjalankan tanggungjawab menyara keluarga.
Gambar hiasan
Sumber:wanmohdridzuan89.blogspot.com
Sedini pagi kaum bapa pula turun membajak sawah menggunakan kerbau atau lembu secara tradisional.Ternakan tersebut di latih untuk menggala relung-relung sawah dengan rajin dan cekap.Mereka menggunakan perkataan khas seperti Cha..cha..cha..chi...chi..chu..chu..no..no..bappo gak oghe ghoyat tak gheti ni sambil memiat (pukul) belakang kerbau dengan tali.Demikian bahasa komunikasi semasa membajak sawah. Ironinya Kerbau seolah-olah mengerti dan memahami bahasa tuannya sehingga kerja-kerja membajak selesai mengikut jadual.Dalam kalangan pesawah, memiliki seekor kerbau yang gemuk,sihat dan kuat merupakan aset penting untuk menjana pendapatan keluarga.
Gambar hiasan: Ibu-ibu sedang mencedung padi.
Sumber gambar:gapoktansiarum.wordpress.com
Menahan taut
Sementara menunggu padi membesar dan sedang bunting,anak-anak kampung menahan taut di sepanjang batas sawah menggunakan umpan cacing atau anak-anak ikan.Mereka memasang taut selama beberapa jam malah ada ketikanya membiarkan semalaman menyebabkan tasi (tali) taut berbelit bersama rumpun padi kerana ikan haruan menarik umpan dengan ganas.Pengalaman memasang taut bersama rakan-rakan sekampung masih kekal dalam ingatan walau pun sudah lebih empat dekad berlalu.Selain haruan, sepat, puyu, keli dan belut menjadi sumber rezeki untuk mengurangkan beban keluarga.Ikan yang segar, sedap dan manis dagingnya mempunyai khasiat menyembuhkan luka-luka dalaman terutama kepada kaum wanita yang baru bersalin.Masak gulai lemak ikan darat memang menyelerakan jika kena dengan resipinya. Demikian senario yang berlaku pada masa dulu yang sangat langka di temui dalam dunia era teknologi hari ini.
Gambar internet: Ikan Haruan dan Puyu
Modal sosial
Kemurnian tingkahlaku dan adab pekerti masyarakat dahulu terserlah dalam kehidupan harian. Modal sosial yang membudaya menjadi amalan terpuji mereka. Perpaduan dan kesatuan cita-cita menyebabkan mereka saling bantu membantu antara satu sama lain. Bergotong royong (GORO) mengusung rumah, memerun,menderai dan menugal tanaman merupakan sebahagian aktiviti yang di lakukan sehingga merapatkan hubungan komuniti.Dalam kedinginan pagi ketika titisan embun masih lagi di hujung daun anak-anak berjalan kaki ke sekolah sejauh 3-4 km berbekalkan nasi bungkus daun pisang atau upih pinang berlauk ikan darat, bercanda riang bersama rakan-rakan tanpa rasa takut dan bimbang akan keselamatan diri.Jalan tanah merah berdebu dan berlopak menjadi laluan utama untuk sampai ke sekolah.
Bergolok bergadai
Demi masa depan anak-anak ibu bapa terpaksa bergolok bergadai menyekolahkan mereka walau pun sentiasa di himpit kemiskinan.Demikian luhurnya budi ayah ibu yang tidak sanggup melihat anak-anak mereka menerima nasib sepertinya, cekal berusaha dengan kudrat yang masih tersisa membanting tulang mencari rezeki kendati pun diri di mamah usia.Jika hari hujan,jalan lecah (becak),berselut kuning menjadi rutin kehidupan seharian. Keindahan dan keharmonian desa tidak di cemari oleh kebejatan moral dan kebobrokan nilai kerana mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain. Kejadian jenayah tidak berlaku kerana bebas dari pengaruh luar seperti sekarang. Jika pun ada hanyalah Benggali yang menjual roti dengan basikal tua sekeliling kampung yang mesra penduduk.Kerukunan hidup berasaskan kepercayaan menyebabkan masyarakat dahulu mengambil cakna dengan situasi yang berlaku di persekitarannya.Ibu bapa tidak akan marah jika kita menegur anak-anak mereka yang melakukan perkara kurang sopan malah berterima kasih kerana mengambil tahu anak-anak mereka.Demikian indahnya pembentukan sosialisasi masyarakat menjadikan ekosistem kehidupan kelihatan harmonis.
Musim menuai
Kerancakan suasana desa semakin terserlah bila tiba musim menuai.Setiap petang sebaik pulang dari sekolah, anak-anak turun ke bendang membantu ayah ibu mengetam padi yang sedang masak menguning. Ibu-ibu sangat cekap mengetam(menuai) sambil memasukan tangkai-tangkai padi ke dalam bakul yang di sandang di belakangnya.Para bapa pula mencerut batang padi menggunakan sadat (sabit) dan memukulnya di dalam tong khas yang di sediakan untuk melerai dan merelai padi manakala anak-anak pula membantu mengangkut jerami padi untuk di bakar. Dari kejauhan kelihatan replika orang-orangan di pasang pada setiap batas sawah untuk mengusir burung-burung dan haiwan perosak yang datang menyerang padi.Sesekali kedengaran bunyi serunai batang padi yang di tiup anak-anak memecah kesunyian bendang.Alunan suara A.Ramlee mendendang lagu AKU ANAK TANI di selang seli dengan suara gemersik Ahmad Jais Mengharap Sinar Menelan Kabus dari corong-corong radio menambahkan lagi keunikan dan keaslian warna desa.Pada sebelah malam pula anak-anak kampung berhibur dengan persembahan dikir barat dan permainan wayang kulit kerana pada waktu itu tiada tv hanya sesekali tayangan wayang gambar Jabatan Penerangan masuk kampung menyampaikan maklumat kepada rakyat. Seronoknya melihat Saloma menyanyi lagu Ikan Kekek dan Rukun Islam Lima Perkara oleh P.Ramlee.
Sumber: Internet
Pertandingan wau
Sebaik selesai menuai, masyarakat desa mengisi masa lapang dengan aktiviti permainan wau. Berbagai jenis layang-layang di cipta untuk pertandingan. Sesetengah wau mampu mencapai ketinggian lebih 500meter bergantung kepada kelajuan angin.Sayup-sayup kedengaran busur wau dari udara seolah-olah seperti sebuah temasya yang sedang berlangsung untuk menghiburkan masyarakat kampung setelah penat bekerja.Sebagai anak kampung yang lahir dan membesar di pedalaman desa Batu Hitam Pasir Puteh,pengalaman bersama rakan-rakan sebaya meninggalkan kenangan indah dalam hidup saya.Kini sebahagian besar mereka sudah tiada lagi di dunia ini.Setiap hari bergelumang dengan debu dan lumpur sawah mengajar saya erti sebuah kehidupan sebenar sehinggalah beranjak remaja terpaksa meninggalkan desa mengikut orang tua bermigrasi ke Batu Mengkebang Kuala Krai sebagai peneroka.
Demikian secuplikan nostalgia yang boleh dikongsi bersama pembaca terutama kepada generasi hari ini yang tidak pernah merasakan pahit getir orang-orang terdahulu untuk membina sebuah kehidupan lebih bermakna.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Rabu 17 Julai,2013.

No comments:
Post a Comment