Al Quranul Kareem merupakan khazanah Tuhan yang sangat autentik dan berkait rapat dengan kejadian fenomena alam yang berlaku.Setiap musibah melanda manusia sudah di khabarkan Tuhan melalui Al Qur'an lebih seribu empat ratus tahun lalu.Kejadian gempa bumi dahsyat di ceritakan Al Quran dalam banyak Surah antaranya seperti Al Zalzalah (kegoncangan),Al Qaariah dan Al Hajj(Haji). Dalam ayat 2 Surah Al Hajj Allah berfirman bermaksud;
"(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu,lalailah semua wanita yang menyusu anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil,dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk,pada hal sebenarnya mereka tidak mabuk,akan tetapi azab Allah itu sangat keras". Al Hajj :2
Demikian gambaran kejadian Zalzalah yang di ceritakan Al Qur'an.Kegoncangan bumi yang dahsyat menghancur musnah seluruh kehidupan pasti berlaku. Gunung ganang berhemburan mengeluarkan asap debu beracun memuntahkan larva sehingga beratus-ratus kilometer merupakan peristiwa alam yang berlaku.Tekanan dari kedalaman perut bumi dan bawah dasar laut menyebabkan berlakunya tsunami yang mengorbankan jiwa dan memusnahkan seluruh kehidupan.Tsunami besar Acheh pada Disember,2004 menjadi lipatan sejarah yang sukar di lupakan.Kini setelah hampir 9 tahun Acheh sekali lagi dilanda malapetaka dan musibah alam.

Acheh gempa lagi
Mengikut laporan berita, kejadian gempa bumi berlaku lagi di Acheh pada hari Selasa 2 Julai,2013 dengan 6,2 Skala Ritcher mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan ratusan orang dengan ribuan rumah kediaman dan bangunan musnah.Kejadian gempa kali ini tidak menyebabkan berlakunya tsunami seperti Disember, 2004 yang lalu namun kesannya cukup menggerunkan sehingga meninggalkan trauma yang sukar di lupakan kepada mereka yang pernah mengalami peristiwa kegoncangan tersebut.Acheh Darussalam mempunyai pengalaman pahit sebelum ini bilamana ratusan ribu orang kehilangan nyawa dan kemusnahan total sewaktu berlaku gempa dahsyat di ikuti tsunami besar yang menggerunkan. Seluruh kehidupan musnah kecuali Masjid yang tetap utuh.Subhanallah.
Sumber: space.about.com
Kesan tsunami Disember,2004.
Dalam banyak hal setiap peristiwa berlaku membuktikan kebenaran Al Qur'an mengenai struktur bumi bagi sesebuah negara. Serangkai Al Fatihah buat mereka yang terkorban semoga Allah memberikan tempat sewajarnya bersama mereka yang beriman.
Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
Rabu 3 Julai,2013.

No comments:
Post a Comment