Tidak dapat di nafikan hubungan yang baik dengan komuniti khususnya Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) menjadi pemangkin kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah sekolah. Keberadaan sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat memerlukan penyertaan komuniti untuk membantu pembangunan pendidikan anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik, ko kurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar selari dengan hasrat dan impian Kementerian Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang telah menetapkan Garis-garis Besar Haluan Pendidikan (GBHP) menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Bagaimana baik sekali pun sesuatu dasar dan gagasan yang di lahirkan ,sekiranya pelaksana di peringkat sekolah tidak berupaya menjalin kerjasama dan hubungan harmonis sudah pasti kecemerlangan pelajar akan terjejas dan pastinya prestasi peperiksaan merudum.Justeru memupuk persefahaman dan saling memahami batas dan bidang kuasa masing-masing sangat di tuntut untuk kelangsungan pendidikan anak-anak terus cemerlang sebagaimana yang di hasratkan semua pihak.
Sarana Sekolah
Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang bertanggungjawab membangun potensi pelajar menjadi insan berilmu pengetahuan,mempunyai karisma dan kewibawaan sebagai bakal pemimpin di masa akan datang. Peranan guru menjadi semakin mencabar bagi memastikan kesinambungan sarana sekolah berfungsi untuk menghasilkan pelajar yang berminda terbuka dan futuristik. Kemajuan sesebuah sekolah bergantung kepada kemampuan barisan kepimpinannya menjalinkan kerjasama dan sinergi yang baik bersama anggota masyarakat atau agensi luar melalui strategi lautan biru (blue ocean strategy) bertujuan memastikan bidang keberhasilan pendidikan (NKRA) mencapai matlamat pendidikan dunia setaraf dengan negara-negara maju seperti Finland, Australia, England, New Zealand, Korea dan Jepun dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memenuhi pasaran kerja secara global.Masyarakat perlu melihat perspektif pendidikan secara makro bukan hanya kepada juzuk-juzuk terpisah yang tidak menguntungkan pelajar. Peranan pendidik semakin teruji dengan cabaran yang datang dari segenap arah terutama ibu bapa, Kementerian, Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah/Wilayah dan berbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membabitkan sekolah.
Sarana ibu bapa
Institusi pendidikan yang bersifat universal menjadi perhatian setiap individu,masyarakat dan para cendekiawan, NGO dan badan -badan politik yang turut menyumbang idea untuk pembangunan ilmu pengetahuan anak-anak.Melalui strategi lautan biru, kita mengharapkan ibu bapa menjadi penyumbang kepada kecemerlangan sekolah dalam setiap bidang untuk kemajuan anak-anak mereka.Peranan PIBG ialah membantu sekolah merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pentadbir terutama dalam kes-kes yang membabitkan salahlaku pelajar yang melanggar peraturan yang di tetapkan Kementerian Pendidikian.Pihak Sekolah akan mengadakan seminar bersama Ibu bapa pada bulan Oktober nanti sebagai salah satu usaha merapatkan kerjasama yang telah sedia terjalin. Seorang Pensyarah dari Universiti Otago Dunedin New Zealand telah memberikan komitmen kepada kita untuk berkongsi pandangan mengenai sarana ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.
Rumusan
Merapatkan hubungan antara sekolah dengan PIBG merupakan kunci pencapaian pengurusan dan kejayaan anak-anak.
Saling hormat menghormati bidang tanggungjawab masing-masing merupakan resipi kejayaan sekolah.
Bersikap profesional dan menghormati kejujuran intektual mampu menjana kekuatan pendidikan anak-anak di sekolah.
Memahami peranan PIBG sebagai wadah integrasi kaum menjadi indikator kecemerlangan pelajar.
Mempunyai semangat kekitaan bersandarkan es spirit de corps untuk membangun institusi pendidikan sebagai milik bersama menjadi pemangkin kemajuan sekolah.
Drs. Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Sabtu 13 Julai,2013.

No comments:
Post a Comment