Krisis pesakit ginjal
Risau! Itulah antara dilema dan perasaan dialami bagi mereka yang
menghidap penyakit buah pinggang. Apatah lagi, bagi pesakit yang
terpaksa menjalani rawatan hemodialisis, khususnya yang pertama kali
melalui Ramadan dalam keadaan kesihatan tidak sihat seperti itu.
Hakikatnya, pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis tidak perlu risau untuk berpuasa kerana penyakit dihidapi tidak berhadapan sebarang masalah dengan aktiviti berpuasa.
Hakikatnya, pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis tidak perlu risau untuk berpuasa kerana penyakit dihidapi tidak berhadapan sebarang masalah dengan aktiviti berpuasa.
Perunding Nefrologi Hospital Pantai, Dr Foo Siu Mei, berkata
pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis tidak ada masalah
untuk berpuasa sepanjang hari asalkan mereka tahu apa yang tidak dan
boleh dilakukan.
Dr Foo berkata, perkara utama yang sering ditekankan oleh doktor kepada pesakit sepanjang waktu berpuasa ialah pengambilan air yang tepat ketika bersahur dan berbuka kerana dikhuatiri akan membahayakan kesihatan mereka.
“Jika pesakit buah pinggang tidak boleh atau kencing sedikit saja ditambah pengambilan air dalam sehari itu melebihi keperluan badannya, tidak mustahil pesakit itu akan mengalami masalah kaki bengkak, paru-paru berair, sesak nafas dan sebagainya.
“Disebabkan itulah pesakit mesti memastikan pengambilan air sehari itu perlu berhati-hati supaya tidak kurang atau terlebih,” katanya ketika ditemui di Hospital Pantai, baru-baru ini.
Jumlah air sehari
Dr Foo berkata, perkara utama yang sering ditekankan oleh doktor kepada pesakit sepanjang waktu berpuasa ialah pengambilan air yang tepat ketika bersahur dan berbuka kerana dikhuatiri akan membahayakan kesihatan mereka.
“Jika pesakit buah pinggang tidak boleh atau kencing sedikit saja ditambah pengambilan air dalam sehari itu melebihi keperluan badannya, tidak mustahil pesakit itu akan mengalami masalah kaki bengkak, paru-paru berair, sesak nafas dan sebagainya.
“Disebabkan itulah pesakit mesti memastikan pengambilan air sehari itu perlu berhati-hati supaya tidak kurang atau terlebih,” katanya ketika ditemui di Hospital Pantai, baru-baru ini.
Jumlah air sehari
Berbeza pula bagi pesakit yang kekurangan air kerana sepanjang rawatan dilakukan, air akan dikeluarkan daripada badan mereka. Bagaimanapun, tidak dinafikan pada bulan Ramadan jumlah pengambilan air minuman seseorang mungkin kurang atau lebih sedikit daripada biasa. Justeru, air yang akan dikeluarkan daripada badan juga akan dikurangkan atau ditambah.
“Setiap pesakit yang boleh berdiri atau duduk perlu ditimbang berat badannya sebelum dan selepas rawatan untuk mengetahui berapa banyak air yang perlu dikeluarkan daripada badan pesakit. Jika terlalu banyak atau sedikit air dikeluarkan, ia mengundang risiko berbahaya,” katanya.
Dr Foo menasihatkan, pesakit buah pinggang supaya minum pada waktu berbuka hingga sahur dengan kadar yang sama setiap hari dan perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui jumlah sebenar air yang diperlukan.
Kronik atau tidak seseorang pesakit buah pinggang itu, tegasnya tiada langsung berkaitan dengan aktiviti berpuasa. Kebanyakan pesakit buah pinggang yang tidak boleh berpuasa adalah disebabkan oleh masalah lain seperti ‘malnutrition’ atau kencing manis yang tidak stabil. Misalnya, paras gula dalam darah kadang kala terlalu tinggi atau rendah.
Katanya, ada segelintir pesakit kencing manis ketika rawatan hemodialisis dilakukan, paras gula dalam darah mungkin akan turun. Masalah ini mungkin bertambah pada bulan puasa kerana mungkin ada yang mengambil sedikit atau langsung tidak makan ketika bersahur.
“Ini akan menyebabkan gula dalam darah terlalu rendah dan memerlukan mereka untuk berbuka puasa. Jika seseorang pesakit ginjal itu kekurangan nutrisi sama ada dia melakukan hemodialisis atau tidak, tidak digalakkan langsung untuk berpuasa kerana ia akan memudaratkan lagi kesihatan pesakit itu,” katanya.
Lebih teruk lagi kesannya, jika pesakit berkenaan tidak membuat rawatan hemodalisis dan ini akan menyebabkan badannya terlalu banyak air, kaki membengkak, paru-paru berair, susah bernafas, paras toksin tinggi, loya, muntah, tiada selera serta lemah.
Pengambilan ubat dan diet
Walau air menjadi keutamaan kepada pesakit buah pinggang, pengambilan ubat juga harus dititikberatkan. Jika sebelum ini ubat diambil dua kali sehari, tetapi bila berpuasa, jumlah dos ubat itu mungkin perlu dikurangkan atau perubahan masa mengambil ubat itu perlu dilakukan.
Dr Foo berkata, ramai pesakit buah pinggang akan diberikan ubat iaitu ‘lasix’ yang berfungsi untuk mengeluarkan air daripada badan.
“Katakan jika masa bersahur tidak minum banyak, mungkin dos ubat itu boleh dikurangkan. Jika air tidak diambil langsung ketika bersahur, adalah lebih baik dos Lasix diambil masa berbuka,” katanya.
Selain itu, diet khas pesakit ginjal yang diamalkan sebelum berpuasa juga perlu diteruskan iaitu perlu mengurangkan pengambilan garam, protein, kolesterol, masakan manis (penghidap kencing manis) dan kurangkan makanan yang mengandungi fostat.
Dr Foo turut menasihatkan, pesakit yang tidak larat berpuasa, jangan terlalu memaksa diri misalnya kumpulan pesakit ginjal yang terlalu banyak kencing (‘polyuria’) jika rasa terlalu dahaga perlu berbuka supaya tidak memudaratkan lagi kesihatan.
“Pesakit yang belum rosak sepenuhnya dan masih banyak kencing, jika ditahan daripada minum dan terlalu dahaga, ia boleh mempercepatkan proses kerosakan buah pinggang berkenaan dan mungkin perlu mulakan rawatan,” katanya.
Jelasnya lagi, pesakit buah pinggang yang berhadapan dengan pelbagai komplikasi perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor.
Berita Harian online
Khamis 11 Julai,2013
No comments:
Post a Comment