Setelah mengetuai teraju tertinggi Mesir selama satu tahun lima bulan sejak 30 Jun 2012, kini Dr.Mohd. Mursi tidak lagi menjadi Presiden di negara Timur Tengah itu.Seperti yang dilaporkan oleh berbagai saluran berita TV dan kebanyakan akhbar dari dalam dan luar negara pihak Tentera telah mengambil alih kuasa pada 3 Julai,2013 (Rabu) dengan mengenepikan pilihan rakyat secara demokratik.Masyarakat dunia terpana menerima berita tersebut. Perkembangan yang berlaku akan merubah lanskap pemerintahan Mesir sebagai sebuah negara yang terkenal dengan ketinggian peradaban terutama dalam pembangunan institusi pengajian yang melahirkan ribuan Ulama berkelulusan Al Azhar sejak berabad sehingga bertebaran di serata pelosok dunia.
Strategi manusia
Antara strategi manusia dengan perancangan Allah swt, sudah pasti berbeza. Sesuatu yang indah menurut perhitungan manusia belum tentu baik di sisi Tuhan.Manusia tidak dapat meramal apa yang akan berlaku kepada dirinya esok hari kerana ilmu manusia tidak mampu mensintesis kehendak Tuhan.Kita mendambakan keadilan dan kesejahteraan Islam yang di praktikan sebagai sebuah doktrin kehidupan yang syumul bersumberkan prinsip Al Qur'an dan Al Hadith untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.Semoga Allah swt memberikan kemenangan kepada mereka yang menjaga AgamaNya, InsyaAllah.

Dr.Mohd.Mursi Presiden Mesir
sumber gambar:guardian.co.uk
csyahya
Kuala Lumpur
Jumaat 5 Julai,2013.
No comments:
Post a Comment