Kredit : Pn Rosnah Samlee
Mengurus , mentadbir dan memimpin sesebuah sekolah menjadi tugas dan tanggungjawab utama Pengetua. Sebagai pengemudi dan nakhoda yang menentukan jatuh bangunnya organisasi yang dipimpinnya seorang pengetua yang prihatin tidak saja melihat pencapaian akademik semata mata malah merangkumi seluruh aspek pembangunan iklim sekolah bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan baik. Pembangunan minda yang konstruktif dalam kalangan guru menjadi pemangkin kemajuan pelajar . Guru yang berinovatif, energetik, mesra tapi tegas menjadi ikon kecemerlangan sekolah. Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang menjadi gedung ilmu untuk melahirkan modal insan negara berkualiti , memerlukan pimpinan yang berintegriti dan berwibawa memajukan organisasi untuk keselesaan dan keselamatan seluruh warganya. Pengetua perlu membuat refleksi pencapaian dalam semua bidang seperti kurikulum, ko kurikulum, pengurusan pejabat, pengurusan kewangan, pembangunan sahsiah pelajar, sumber manusia, hubungan komuniti, pengurusan infrastruktur dan hubungan dengan stake holder .
SMK SINAR BINTANG (STAR SCHOOL)
Kredit : Puan Rosnah Samlee
Infrastruktur sekolah
Saya telah memulakan tugas di SMK Sinar Bintang mulai 10 April,2012 setelah bertukar dari SMK Danau Kota . Sebagai pengetua saya telah memperkenalkan beberapa pendekatan dan pembaharuan dalam bidang akademik dengan memokuskan kepada PEMBESTARIAN PMR dan SPM bagi calon -calon yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini. Transformasi dalam bidang maklumat juga telah dilakukan dengan menyediakan LCD-Digital sebagai pusat informasi yang merakamkan aktiviti pelajar dan pencapaian sekolah . Informasi bermanfaat ini memaparkan kejayaan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan perkembangan global . Kita juga telah menambahbaik pra sarana sekolah dengan mengganti bumbung yang rosak , bocor dan memasang grill tingkap di bilik -bilik (kelas) untuk keselamatan pelajar.
Penghijauan iklim sekolah juga telah dilakukan dengan menambah pokok pokok dan bunga bungaan. Telah nampak jelas kesepakatan dalam kalangan pelajar yang sanggup menyumbang anak-anak pokok dan bunga untuk menceriakan sekolah mereka. Terima kasih para pelajar . Pihak sekolah telah memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengambil tindakan membaiki paip air bawah tanah yang bocor sejak sekian lama sehingga air melimpah ke dalam bengkel Kemahiran Hidup.Alhamdulillah JPN telah menghantar kontraktor membaiki kerosakan dan kerja-kerja pembaikan dimulakan pada 2 Ogos 2012 . Tandas pelajar lelaki dan perempuan juga dibaiki dengan menggantikan pintu-pintu yang rosak dan pemasangan grill kelas di tingkat 3 telah dilaksanakan dengan baik . Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada JPN terutama pegawai-pegawainya Raja Mizan dan En Ahmad Sadly yang memungkinkan kerja pembaikan ini ditangani dengan cepat .

Sekolah Menengah Sinar Bintang (SMKSB) terletak di Taman Sinar Bintang Segambut. Bangunan ini dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2001.
Che'Yahya Che' Soh.
Pengetua.
Pengetua.
2 Ogos,2012
No comments:
Post a Comment