Al Qur'an diturunkan Allah SWT kepada Nabi SAW lebih 1433H yang lalu mempunyai misi yang sangat jelas memandu manusia supaya beriman kepada Tuhan Pencipta langit dan bumi serta seluruh isinya . Ayat-ayat Allah bertebaran di dalam Al Quran mengandungi pelbagai maklumat mengenai kejadian manusia, haiwan dan tumbuhan di alam semesta, adanya hari pembalasan, hidup sesudah mati menjadikan Kitab Suci ini mukjizat yang sangat autentik bagi setiap insan memilih jalan kehidupan . Al Qur'an sangat mulia kerana di turunkan Allah dan dipelihara sepanjang masa. Tiada satu huruf dan ayat yang boleh menandingi kehebatannya. Semakin dibaca, dihayati (tadabbur) bertambah tenang dan hilang keresahan. Sebuah Kitab yang mampu memberikan kekuatan jiwa jika di amalkan secara konsisten .Prinsip Al Qur'an menganjurkan manusia berlaku adil, berbuat ehsan sesama insan tanpa mengira ras dan warna kulit kerana hakikat kejadian adalah sama di sisi Tuhan, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh dijanjikan dengan kemuliaan dengan beberapa darjat .
Al Qur'an Manual Prosedur Kerja
Kehidupan ini bukan milik kita. Roh yang berada dalam jasad ini ciptaan Tuhan . Setiap organ tubuh berfungsi dengan baik selagi roh berada bersama . Jantung dapat menjalankan tugasnya mengepam darah keseluruh tubuh sehingga kita mampu melaksanakan aktiviti kehidupan merupakan bukti konkrit kekuasaan Tuhan . Mengenal Allah melalui penghayatan Al Qur'an menjadikan manusia tunduk dan patuh kepada setiap perintah yang di turunkan. Manusia yang mendambakan sebuah kehidupan yang hakiki perlu mengamalkan prinsip Al Qur'an sebagai Manual Prosedur Kerja bagi menjamin integriti , kemurnian diri untuk menegakan yang hak dan menjauhkan kebatilan dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan. Rahmat Allah akan turun kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa .
Al Fakir Che'Yahya Che' Soh
Cerna Minda .
9 Ogos,2012
19 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment